Kreatif Melampau Versi Mainan Avengers

Sembang

Disebabkan sekarang ramai yang masih lagi demam dan tak boleh move on lagi pasal Avengers: Endgame, kali ni kami nak kongsikan dengan korang semua pasal tahap kreativiti yang melampau.

Hari tu kami terjumpa satu akaun Instagram ni yang menggunakan patung mainan superhero Avengers sebagai props dalam gambar. Tapi disebabkan tahap kreativiti dan skill yang tinggi oleh pemilik akaun Instagram ni, gambar patung mainan superhero Avengers nampak real macam dorang memang betul-betul tengah bertarung.

Image Via : cgerock

Image Via : cgerock

Sekali pandang nampak macam gambar ni guna Photoshop kan? Effect yang korang nampak dalam gambar tu real sebenarnya. Pemilik akaun Instagram @cgerock ni ada kongsikan gak pembikinan macam mana dorang buat gambar patung mainan ni nampak real.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by cgeRock (@cgerock) on

Ni lah hasilnya. Memang nampak la pasir tu berterbangan kat dalam gambar.

Image Via : cgerock

Ada banyak lagi gambar yang menarik yang dihasilkan oleh @cgerock ni. Ni gambar-gambar yang kami rasa power teruk. Kalau korang nak tengok gambar-gambar lain boleh usha kat Instagram @cgerock ni okeh. Gambar superhero DC pun ada gak. Power!

Image Via : cgerock

Image Via : cgerock

Image Via : cgerock

Image Via : cgerock

KATALAKI: Sabar jap, nak selongkar balik patung mainan lama nak buat macam ni.

Last modified: 9 May 2019