Kronologi Zinedine Zidane & Real Madrid

Aktif, Bola

Ramai sebenarnya yang terkejut baru-baru ni Zinedine Zidane dah bersetuju untuk ambik alih Real Madrid sebagai manager baru. Sebelum ni kami ada keluarkan artikel pasal bala yang menimpa Real Madrid dalam UEFA Champions League (UCL) lepas Cristiano Ronaldo chow. Boleh usha kat sini okeh kalau korang tak baca lagi.

 

View this post on Instagram

 

👔 Welcome Back, @Zidane. #HalaMadrid | #RealMadrid

A post shared by Real Madrid C.F. (@realmadrid) on

Selepas 284 hari Zidane letak jawatan sebagai manager Real Madrid pada 31 Mei 2018, kini Zidane sekali lagi akan membimbing Real Madrid sehingga 2022. Apa yang membuatkan Zidane patah balik untuk jadi manager Real Madrid? Cristiano Ronaldo dah takde ni. Boleh ke Zidane kembalikan kehebatan Real Madrid?

Untuk info, sejak kali pertama Zidane jadi manager Real Madrid pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Mei 2018, Zidane dah berjaya menang 9 piala termasuk 3 piala UCL, 2 piala FIFA Club World Cup, 2 piala UEFA Super Cup, 1 Piala La Liga dan 1 Piala Spanish Super Cup. Semua piala ni dalam masa 2 tahun bro. Power power.

Sempena meraikan perlantikan Zidane sebagai manager baru Real Madrid ni, mari kita tengok kronologi apa yang terjadi selepas Zidane letak jawatan pada 31 Mei 2018 hari tu sampai la Zidane dilantik semula.

31 Mei 2018

Zidane umum letak jawatan sebagai manager Real Madrid.

12 Jun 2018

Julen Lopetegui diumumkan sebagai manager baru Real Madrid menggantikan Zidane. Dalam masa yang sama, Julen Lopetegui masa ni bertugas sebagai manager pasukan kebangsaan Sepanyol, tengah busy buat persiapan untuk Piala Dunia FIFA 2018.

13 Jun 2018

Disebabkan Royal Spanish Football Federation tak puas hati dengan pengumuman Julen Lopetegui sebagai manager baru Real Madrid masa pasukan kebangsaan Sepanyol tengah busy dengan Piala Dunia FIFA 2018, Julen Lopetegui dilucutkan jawatan menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2018.

Sumber : www.espn.com

10 Julai 2018

Berita mengejutkan untuk fans Real Madrid lepas Zidane chow, Cristiano Ronaldo lak buat keputusan untuk berpindah ke Juventus.

15 Ogos 2018

Real Madrid kalah 4-2 dengan Atletico Madrid dalam perlawanan UEFA Super Cup. Perlawanan pertama Julen Lopetegui sebagai manager Real Madrid.

29 Oktober 2018

Julen Lopetegui dipecat selepas 14 perlawanan bersama Real Madrid dengan rekod 6 kemenangan, 6 kekalahan dan 2 kali seri. Santiago Solari diumumkan sebagai manager baru Real Madrid.

Sumber : www.independent.co.uk

27 Februari 2019

Real Madrid disingkirkan oleh Barcelona dalam saingan Copa Del Rey. Real Madrid kalah 3-0.

5 Mac 2019

Real Madrid terkeluar daripada UCL selepas kalah kepada Ajax di peringkat Round of 16.

11 Mac 2019

Santiago Solari dipecat dan Zidane diumumkan sebagai manager baru Real Madrid sehingga 2022.

KATALAKI: Zidane akan rombak line up Real Madrid kaw-kaw nanti. Siapa agaknya superstar yang akan dibeli oleh Real Madrid? Neymar, Hazard atau Mbappe?

Last modified: 12 March 2019