Kubur Tayar Paling Besar Di Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Tahukah korang, tayar berjenama Dunlop diasaskan olehΒ John Boyd Dunlop yang berasal dari Scotland, merupakan seorang pakar bedah haiwan sebelum menjadi orang pertama yang mencipta sebiji tayar diperbuat daripada getah, kayu, besi dan tekanan angin pada tahun 1887, dipatenkan pada tahun 1888.

Jangka hayat tayar kereta kebiasaannya boleh bertahan selama 3 hingga 4 tahun, bergantung kepada jarak perjalanan setiap kereta. Walaupun tayar memudahkan manusia untuk bergerak, tapi tayar yang dah tak boleh digunakan juga memberi kesan yang negatif kepada manusia dan dunia.

Ada pihak terutama sekali negara yang bertanggungjawab menggunakan semula tayar terpakai untuk menghasilkan barang-barang lain yang boleh dipakai semula contohnya bahan binaan bangunan atau barang lain yang diperbuat daripada getah.

Tempat pembuangan tayar terpakai terbesar di dunia yang berjaya direkodkan, terletak di Sulaibiya, Kuwait sehingga boleh dilihat jauh dari angkasa lepas. Pembongkaran lokasi pembuangan tayar terpakai Sulaibiya menyebabkan ramai pihak terutama sekali organisasi dunia yang mengambil berat tentang pencemaran alam sekitar mempersoalkan kerajaan Kuwait.

Pada 17 April 2012, kebakaran yang melampau berlaku di tempat pembuangan tayar terpakai di Kuwait, menyebabkan beratus ahli bomba dan askar terlibat untuk memadamkan api kebakaran yang dikatakan berpunca daripada aktiviti penghapusan tayar terpakai menggunakan kaedah pembakaran.

Selain daripada tempat pembuangan tayar terpakai di Kuwait yang mengancam kesihatan manusia dan bumi, tempat pembuangan sampah terbesar dan tertua di dunia yang terletak di Deonar, Mumbai juga merupakan isu dunia yang sentiasa diperbalahkan.

Tempat pembuangan sampah Deonar dah wujud sejak tahun 1927, seluas 132 hektar dan ketinggian sampah pernah mencecah ketinggian bangunan 18 tingkat. Selepas beberapa percubaan untuk menutup operasi tempat pembuangan sampah Deonar, kini, syarikat yang bertanggungjawab, Brihanmumbai Municipal Corporation dikatakan dah mula mengawal dan mengurangkan sisa sampah yang terkumpul dengan mewujudkan stesen penjana tenaga yang terhasil daripada sisa sampah.

KATALAKI: Kita sebagai orang ramai kena belajar mengasingkan sampah, mana yang boleh dikitar semula dan mana yang tak boleh.

Last modified: 2 April 2020