Kubur ‘Vampire’ Yang Berjaya Ditemui

Sembang, ZeKool

Bagi masyarakat di negara-negara timur atau Asia, kewujudan ‘vampire’ adalah tidak sama dengan apa yang dikenali oleh mereka yang tinggal di negara-negara Eropah. Kalau masyarakat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura atau Brunei, ‘vampireni bila diterjemahkan sebenarnya bermaksud pontianak. Jadi memang jelas yang fahaman kita tentang ‘vampire’ dengan bangsa Eropah punya pemahaman adalah lain. Di Eropah, vampire selalu dikaitkan dengan rupa seperti ‘Count Dracula’ dan juga mempunyai ciri-ciri seperti kelawar. Walaupun ada versi lain, tapi versi Count Dracula lah yang paling popular

Dikatakan kubur vampire ini banyak terdapat di kawasan timur Eropah. Kisah tentang kewujudan vampire ini berlaku sekitar abad ke-9 hingga abad ke-11 dimana ia sebenarnya terjadi akibat konflik antara kepercayaan pagan dan juga agama Kristian. Daripada kisah itu, maka wujud lah kisah dimana mereka yang disyaki sebagai vampire akan dikebumikan berhampiran dengan gereja-gereja. Vampire ini akan dikebumikan dengan ritual tertentu seperti tangan dan kaki diikat serta diletakkan batu berat di atas mereka, dan keranda mereka akan disalibkan. Tapi ada juga kisah yang lain tentang kepercayaan terhadap vampire ni

MANA DATANGNYA KEPERCAYAAN VAMPIRE INI?

Selain kisah konflik antara pengamal kepercayaan pagan dan agama Kristian, kewujudan vampire ini dikaitkan dengan kematian lembu dan kambing biri-biri yang berlaku secara tiba-tiba. Jadi bila berlaku kematian lembu dan kambing biri-biri, kubur yang paling latest akan digali semula untuk melihat samada ianya vampire ataupun tidak. Mayat yang kelihatan seolah-olah masih hidup (atau dalam erti kata lain mayat yang baru ditanam) akan dituduh sebagai vampire. Dengar macam tak logik, tapi itu lah kepercayaan masyarakat abad pertengahan tentang vampire. Mungkin hal ini disebabkan knowledge mereka yang sedikit tentang pereputan mayat selepas ditanam. Ada juga vampire yang dipersalahkan kerana menyebabkan penyakit yang tidak diketahui ketika itu, seperti sakit batuk kering (tuberculosis). 

Jadi dari kisah-kisah tentang kepercayaan ini, maka boleh dikatakan vampire sebenarnya wujud tapi ianya hanya lah manusia-manusia yang disalah tuduh sebagai vampire. Kubur-kubur vampire ini telah berjaya ditemui di Bulgaria, Slovakia, Poland dan juga Czech Republic. 

BAGAIMANA KUBUR ITU DITENTUKAN SEBAGAI KUBUR VAMPIRE

Kubur-kubur vampire ini selalu dikaitkan dengan lokasi ia ditanam, iaitu berhampiran dengan gereja. Selain itu, cara menentukan ianya kubur vampire ataupun tidak adalah melalui upacara ia ditanam. Pada tahun 1991, satu kajian dijalankan di sebuah gereja di Slovakia dan hasilnya mereka menemui sebuah kubur milik vampire. Pasukan arkeologi menemui sebuah kubur yang dipagar dengan besi, yang mana merupakan salah satu kaedah untuk menanam vampire. Menurut kepercayaan penduduk di situ dahulu, vampire sangat takut dengan besi kerana ia mampu membakar atau mencederakan mereka. Sebagai langkah keselamatan tambahan, kaki mayat vampire itu juga ditutupi dengan batu berat. Kubur vampire ini telah wujud sejak abad ke-16 lagi.

Lagi satu penemuan perkuburan vampire adalah terletak di satu bandar kecil di Poland. Melalui penemuan kubur itu, didapati bahagian kepala mayat sudah diputuskan dan diletakkan di antara kaki. Ia merupakan salah satu lagi upacara pembunuhan dan penanaman mayat yang disyaki sebagai vamprie. Kenapa vampire ni kena potong kepala? Menurut kepercayaan masyarakat di situ, ia merupakan satu-satutnya cara membunuh vampire agar mereka tidak hidup kembali. Bunyi agak menakutkan tapi itu lah apa yang menjadi kepercayaan masyarakat dahulu sehingga wujudnya kubur-kubur vampire ini. 

KATALAKI: Kesian juga dekat orang-orang yang disalah tuduh sebagai vampire. Tak pasal-pasal kena penggal kepala…

Last modified: 30 July 2020