Kucing Pun Ada Copy Ori?

Sembang

Aku yakin semua orang ada haiwan peliharaan dan ada yang sayangkan haiwan peliharaan dorang macam dorang sayang ahli keluarga dorang sendiri. Jadi bila dorang nampak haiwan peliharaan dorang semakin tua dan mungkin akan pergi untuk selamanya, ada yang sanggup ambik keputusan untuk clone haiwan peliharaan dorang!

Mesti korang tak percayakan ada orang sanggup buat macam itu tapi sebenarnya perkara macam ini telah pun berlaku di China. Perkara ini telah pun berjaya dilakukan oleh Sinogene, sebuah syarikat dari China yang berjaya clone haiwan peliharaan.

Kucing peliharaan pertama yang dorang berjaya clone adalah seekor kucing yang diberi nama Garlic. Kucing yang dimiliki oleh Huang Yu, seorang ahli perniagaan yang juga daripada China. Apabila kucing kesayangannya mati, dia sangat terkesan dan sedih dengan apa yang telah terjadi.

Ini telah membuatkan dia mengambil keputusan untuk menghubungi syarikat Sinogene dan meminta mereka untuk clone kucing kesayangan beliau. Syarikat ini telah meminta bayaran sebanyak USD35,000 untuk melakukan proses cloning dan pada 21 July 2019, mereka telah berjaya cloning kucing kesayangan Huang Yu.

Garlic terpaksa diletakan di makmal Sinogene untuk beberapa bulan sebelum ia dibenarkan pulang ke rumah Huang Yu. Syarikat Sinogene ini telah ditubuhkan sejak tahun 2015 dan semenjak itu telah berjaya untuk cloning 40 ekor anjing. Proses untuk cloning anjing peliharaan ini adalah bernilai USD53,000 setiap ekor.

Namun Garlic adalah kucing pertama yang mereka berjaya melakukan proses cloning dan mereka memilih untuk clone kucing milik Huang Yu selepas melihat kucing mula diterima oleh orang China dan market untuk kucing peliharaan disana mula membuahkan hasil.

Untuk melakukan proses cloning pada Garlic, saintis di Sinogene terpaksa mengambil skin cells daripada Garlic yang mana merupakan kucing baka British shorthair. Mereka telah menggunakan skin cells ini dan embryo daripada kucing lain untuk menghasilkan lebih kurang 40 clone embryos.

Selepas itu, mereka telah memasukkan embryos ini kepada empat ekor kucing yang mana akan dijadikan sebagai surrogate cats. Proses ini memperlihatkan tiga daripada empat kucing tadi berjaya mengandung dalam masa tujuh bulan. Namun dua daripada tiga kucing tadi telah mengalami keguguran dan hanya seekor sahaja yang berjaya melahirkan anak.

Walaupun anak kucing yang dilahirkan mempunyai DNA yang sama seperti Garlic namun anak kucing tersebut mempunyai beberapa ciri yang berbeza daripada Garlic seperti warna anak mata dan juga warna pada bulu kucing tersebut. Huang Yu menyatakan anak kucing yang berjaya di clone ini tidak mempunyai tanda hitam pada bahagian dagunya seperti Garlic yang asal.

Walaupun Huang Yu agak kecewa kucing yang dilahirkan itu kurang sama seperti Garlic yang asal namun Huang Yu terpaksa menerima hakikat yang teknologi ini masih lagi baru dan masih ada beberapa perkara yang perlukan penambahbaikan untuk mendapatkan keputusan yang 100% sama.

Buat masa ini, China tidak mempunyai undang-undang mengenai animal cruelty dan ini membuatkan beberapa kritikan orang ramai yang menyatakan proses cloning haiwan peliharan adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusian dan tidak sepatutnya dilakukan.

KATALAKI: USD35,000 untuk clone kucing, aku rasa better aku beli kucing baru. Lagi jimat!

Last modified: 7 October 2019