Kuih Raya Yang Melambangkan Jenis Kawan

Sembang

Tak lengkap rasanya Hari Raya kalau takde kuih raya, betul? Setiap orang mesti ada kuih raya kegemaran masing-masing. Boleh bergaduh kalau ada yang cakap kuih favourite dia tak sedap. Tapi kena ingat, kalau korang pergi beraya nanti, jangan melantak kuih raya kat rumah orang sampai habis sebalang. Kena jaga adab masa beraya nanti okeh.

Image Via : encikshino.com

Kali ni kami nak kongsikan dengan korang semua pasal kajian yang kami cuba buktikan, mengenai kuih raya yang melambangkan jenis-jenis kawan. Kalau korang setuju dengan kajian ni, maknanya korang memang kawan yang sejati. Mari kita tengok!

Almond London

Salah satu kuih yang confirmed ada kat setiap rumah dan mesti ada je yang makan kuih ni. Almond London merupakan kuih rangup yang disalut dengan coklat dan berintikan kacang badam. Almond London ibarat seorang kawan yang mengamalkan gaya hidup yang urban dan trendy tapi bila pasal makan, sampai menjilat jari bila dapat cecah belacan.

Tart Nanas

Sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan jem nanas. Tart Nanas ialah kuih yang lembut, senang cair di dalam mulut dan kesudahannya terasa manis buah nanas. Ada dua jenis tart yang popular masa Hari Raya antaranya tart gulung dan tart bunga. Tak kisah la apa jenis pun.

Tart Nanas ibarat seorang kawan yang hanya ikut telunjuk kawan-kawan lain tanpa usaha sendiri untuk memperoleh sesuatu kebaikan. Contohnnya orang lain eja Nenas, dia pun ikut eja Nenas. Tak semak pun ejaan tu betul atau tak. Confirmed korang ada jenis kawan yang macam ni.

Cornflakes Madu

Satu lagi kuih yang popular masa Hari Raya. Hanya  menggunakan biskut Cornflakes dan madu sebagai bahan asas untuk buat kuih ni. Cornflakes antara bijiran yang paling laku dan sentiasa sold out di kedai-kedai runcit atau pun pasaraya pada bulan Ramadan disebabkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai untuk Hari Raya.

Image Via : myshop.pi1m.my

Cornflakes Madu ibarat seorang kawan yang hilang bila tiba bulan puasa, tah cukup puasa selama sebulan ke tak tapi riuh sekampung bila Hari Raya menjelma. Jauhkan kuih ni daripada lelaki yang lebih berumur sebab dorang lebih suka madu yang asli.

Semprit

Image Via : friedchillies.com

Kuih tradisional yang masih lagi menjadi pujaan ramai walaupun zaman dah semakin moden. Semprit diperbuat daripada telur, tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan digaul bersama mentega. Tapi yang paling penting kena ada acuan untuk buat Semprit. Kalau takde acuan nanti jadi rempit.

Image Via : apkpure.com

Semprit ibarat seorang kawan yang sentiasa nak semua benda dalam dunia ni. Tepung gandum dia nak, tepung jagung dia nak, tepung kastard dia nak, laki orang pun dia nak.

KATALAKI: Setuju atau pun tak, kuih ni mesti akan singgah dalam mulut korang pada Hari Raya nanti.

Last modified: 31 May 2019