Kung Fu Hustle 2 Dah Confirmed!

Sembang

Korang ingat lagi tak betapa lawaknya filem Kung Fu Hustle yang ditayangkan pada tahun 2004? Filem yang dilakonkan, diarahkan dan ditulis sendiri oleh Stephen Chow ni tak lama lagi akan ada sambungan filem yang kedua! Yeahhh. Kung Fu Hustle 2 geng!

Menurut Apple Daily, baru-baru ni masa sesi bertemu peminat untuk promosikan filem terbaru Stephen Chow, The New King Of Comedy, Stephen Chow ada jawab pertanyaan daripada peminat mengenai mungkinkah akan ada sequel untuk filem Kung Fu Hustle?

Jawapan Stephen Chow ialah memang akan ada filem Kung Fu Hustle terbaru, tapi bukan sequel. Direction filem tu nanti memang seakan-akan filem Kung Fu Hustle. Untuk info, kali terakhir Stephen Chow berlakon dalam filem ialah pada tahun 2008 untuk filem CJ7.

Tahun 2019 ni, Stephen Chow dah pun berusia 57 tahun. Kalau korang tertanya-tanya macam mana rupa Stephen Chow sekarang, gambar kat bawah ni imej terkini Stephen Chow tahun 2019.

KATALAKI: Umur Stephen Chow dah 57 Tahun tapi tak kahwin lagi. Busy kerja agaknya.

Last modified: 22 February 2019