Lagu 80an Pertama Cecah 1 Billion Views Di YouTube

Sembang

Penyanyi dan pemilik lagu-lagu 80an mesti tak pernah terfikir pun yang lagu-lagu dorang boleh lagi didengar sehingga kini dengan mudah gunakan smartphone je. Tu lah salah satu kebaikan teknologi. Muzik zaman lama pun kita masih lagi boleh dengar bila-bila masa dan hargai sampai sekarang.

Image Via : medium.com

Salah satu lagu yang pernah mencetuskan fenomena dalam arena muzik antarabangsa pada tahun 80an adalah lagu Sweet Child O’ Mine daripada Guns N’ Roses yang mula dipasarkan pada tahun 1988. Lagu Sweet Child O’ Mine merupakan satu-satunya lagu daripada Guns N’ Roses yang pernah berada di tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat.

Image Via : rollingstone.com

Yang terbaru, lagu Sweet Child O’ Mine dan Guns N’ Roses berjaya memecah rekod zaman moden selepas muzik video Sweet Child O’ Mine merupakan lagu 80an pertama yang berjaya mencecah 1 Billion tontonan kat YouTube.

Mula dimuat naik kat YouTube pada 25 Disember 2009, muzik video Sweet Child O’ Mine masih lagi bersaing rapat mengumpul views dengan pesaing terdekat iaitu lagu daripada a-ha, Take On Me.

Selain daripada berjaya tapau jumlah views untuk lagu 80an kat YouTube, Guns N’ Roses juga berjaya tapau lagu 90an pertama yang berjaya cecah 1 Billion tontonan kat YouTube menerusi lagu November Rain.

Lagu November Rain merupakan lagu ke-3 terpanjang yang pernah dihasilkan oleh Guns N’ Roses iaitu sepanjang 8 minit dan 57 saat. Lagu paling panjang yang pernah dicipta oleh Guns N’ Roses ialah lagu yang bertajuk Coma, berdurasi selama 10 minit dan 14 saat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Guns N’ Roses (@gunsnroses) on

Setakat artikel ni ditulis, muzik video 90an yang masih lagi mengejar rapat untuk mencecah 1 Billion tontonan kat YouTube ialah lagu daripada Nirvana, Smells Like Teen Spirit.

KATALAKI: Vokalis Guns N’ Roses, Axl Rose masih lagi kekal sebagai vokalis sejak Guns N’ Roses ditubuhkan sampai la sekarang ni.

Last modified: 8 November 2019