Lagu Entrance WWE Superstars Bikin Naik Syeikh!

Sembang

If you smellllllllll. Korang ingat lagi tak lagu tu? Kali ni kita throwback zaman kegemilangan WWE yang pernah menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1952 dengan nama Capitol Wrestling Corporation oleh Jess McMahon. Ye betul. Mesti korang familiar dengan nama McMahon kan? Jess McMahon ialah datuk kepada Vince McMahon. Vince McMahon mula ambil alih empayar WWE pada tahun 1989.

Korang jangan confius dengan WWE dan WWF. Pada tahun 2002, WWF (World Wrestling Federation Entertaiment) ditukarkan kepada WWE (World Wresling Entertaiment) disebabkan nak elakkan kekeliruan antara World Wrestling Federation Entertaiment (WWF) dan World Wildlife Fund (WWF).

Korang dah boleh standby untuk scroll ke bawah sebab lagu-lagu entrance WWE Superstar ni akan buat korang teringat balik masa korang buat Chokeslam dekat adik dan abang korang. 

The Game, Triple H

Hunter Hearst Helmsley atau Triple H, mula join WWE pada tahun 1995. Masa penglibatan awal Triple H dalam WWE, Triple H dikenali dengan watak antogonist dengan partner gelanggangnya, Chyna. Korang mesti ingat Chyna kannn?

Triple H berkahwin dengan anak kepada big boss WWE, Stephanie McMahon pada tahun 2003. Serius, memang betul dorang kahwin. Bukan gimmick semata-mata. Kini, Triple H ialah Executive Vice President of Talent, Live Events and Creative, WWE.

The Time Is Now, John Cena

John Cena yang mula join WWE pada tahun 2000, membawa imej hip-hop dan “good boy” antara WWE Superstar yang diminati ramai oleh peminat sukan profesional wrestling. John Cena juga menjadi fenomena selepas The Rock meninggalkan WWE. Kira lepas The Rock chow, John Cena la yang jadi WWE Superstar pilihan ramai untuk lauk WWE Superstar berwatak antogonist. John Cena je yang ada bran untuk tukar tali pinggang WWE Champion jadi spinner.

Crank It Up, Big Show

Kalau masa tengah tengok fight atas gelanggang WWE tiba-tiba keluar lagu ni, standby je la WWE Superstar yang lain nak kena lambung dengan Big Show. Salah seorang bouncer Vince McMahon masa awal penglibatan dalam WWE pada tahun 1999, kini Big Show berumur 46 tahun.

Break The Walls Down, Chris Jericho

Chris Jericho antara WWE Superstar yang kadang-kadang kita sendiri tak sure dia watak jahat ke baik. Kan? Sekarang ni Chris Jericho aktif dalam bidang lakonan filem dan TV. Korang ingat lagi pose dia masa entrance WWE? Style gak!

Stone Cold

Mamat ni la punca jari tengah famous pada tahun 90an! Stone Cold yang bawa imej gangster memang sangat digeruni oleh WWE Superstar yang lain. Ikut suka dia je siapa dia nak buat Stone Cold Stunner. Kini berumur 53 tahun, juga aktif dalam bidang lakonan filem dan TV.

The Rock

Famous dengan gelaran The People’s Champ, The Rock memang salah satu fenomena profesional wrestling sehingga kini. Dengan gaya percakapan yang meyakinkan dan aksi wrestling yang memang nampak sakit betul bila dibelasah, The Rock sangat aktif di Instagram dengan jumlah followers seramai 119 juta.

Korang tau tak The Rock fasih cakap dalam chinese language? Usha video bawah der.

Masa zaman wrestling ni la aku rasa zaman budak-budak aku umpama orang paling kuat di dunia sebab selamba je buat The Rock Bottom & Pedigree dekat adik-beradik. Keluar berjalan siap pakai baju The Rock!

KATALAKI: Chop! WWE Superstar ni semua dilatih untuk buat aksi berbahaya. Jangan tiru kat rumah.

Last modified: 30 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *