Lagu Heavy Metal Pertama di Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Dalam dunia muzik ni memang ada macam-macam genre muzik, dan dalam semua genre muzik ni semestinya mempunyai pendengar yang tersendiri. Ada yang suka genre Jazz, ada yang suka Rock atau yang terkini genre Electronic Dance Music (EDM). Tapi ada satu genre ni yang mempunyai peminat yang tak begitu ramai di Malaysia, tetapi merupakan antara genre yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan pemuzik dan juga peminat muzik, iaitu genre Heavy Metal. Cuba korang ingat balik, sepanjang korang melalui zaman remaja mesti ada satu peringkat tu korang akan layan muzik Heavy Metal. Paling kurang pun mesti pernah dengar satu lagu.

Muzik Heavy Metal ini secara definisinya boleh dikatakan sebagai satu bentuk muzik yang lebih keras daripada muzik Rock. Ia merupakan genre muzik yang berkembang daripada muzik Rock sekitar tahun 1960-an di United Kingdom dan juga Amerika Syarikat. Antara kugiran terawal yang bermain dalam genre Heavy Metal adalah seperti Iron Maiden, Def Leppard, dan juga Metallica. Tapi persoalannya, siapakah yang mula-mula memainkan lagu Heavy Metal ni? Kalau korang nak tahu, sebelum adanya genre Heavy Metal secara rasmi, dah ada beberapa buah lagu yang dihasilkan dengan corak muzik ‘berat’ yang akhirnya melahirkan lagu-lagu Heavy Metal yang lain. Jadi jom kita tengok kugiran mana yang mula-mula main lagu ‘logam berat’ ni.

THE BEATLES – “HELTER SKELTER”

Siapa sangka kugiran The Beatles yang popular dengan lagu seperti “Yesterday” dan juga “Hey Jude” ini sebenarnya telah lagi awal menghasilkan muzik Heavy Metal. Mungkin korang yang baca ni pun pelik (atau sebab korang tak dengar pun lagu-lagu The Beatles). Dikatakan lagu ini tercetus daripada keinginan Paul McCartney yang mahu menghasilkan sebuah lagu yang ‘bingit’ dan ‘jahat’ sempena album ‘The White Album’ mereka. Lagu ini juga sering digelar lagu Heavy Metal pertama yang pernah dihasilkan dalam industri muzik. Dikeluarkan pada tahun 1968, lagu ini betul-betul mengejutkan para peminat The Beatles ketika itu. Walaupun ‘Helter Skelter’ dengar macam biasa-biasa je untuk zaman sekarang, ia merupakan lagu yang melangkaui zaman ketika dikeluarkan. 

IRON BUTTERFLY – “IN-A-GADDA-DA-VIDA”

Kugiran Iron Butterfly merupakan kugiran yang tampil dengan genre Rock yang kemudian membuka laluan untuk perkembangan genre Hard Rock dan juga Heavy Metal. Kalau korang nak dengar lagu Heavy Metal yang panjang, boleh layan lagu “In-A-Gadda-Da-Vida” dari kugiran ni. Walaupun lagu ni agak panjang dan kedengaran seperti bukan sebuah lagu Heavy Metal, tetapi kualiti lagu ini dari segi komposisi muzik dan kepelbagaian instruments telah membuatkan ia sebuah lagu yang top satu ketika dahulu.

LED ZEPPELIN – “DAZED AND CONFUSED”

Led Zeppelin, sebuah lagi kugiran Rock yang dikatakan banyak memainkan lagu-lagu ‘berat.’ Tapi sebenarnya Led Zeppelin bukan lah kugiran yang semata-mata main lagu-lagu yang ‘berat’ tetapi ada juga lagu-lagu genre Blues dan juga Folk. Walaupun banyak lagu yang dihasilkan adalah Rock keras, lagu “Dazed And Confused” merupakan yang paling keras pernah mereka hasilkan, dan boleh dikategorikan ia sebagai lagu Heavy Metal yang terawal. Kalau The Beatles menjadi  kugiran yang paling berpengaruh pada tahun 1960-an, Led Zeppelin pula boleh jadi kugiran paling berpengaruh sekitar tahun 1970-an. Led Zeppelin juga telah dimasukkan ke dalam Rock and Roll Hall of Fame pada tahun 1995.

BLACK SABBATH – ”BLACK SABBATH”

Bagi peminat muzik Heavy Metal pula, rata-rata bersetuju untuk katakan bahawa lagu yang betul-betul membawa genre Heavy Metal datang daripada kugiran Black Sabbath dengan lagu berjudul “Black Sabbath.” Lagu ini dikeluarkan pada tahun 1970-an, dan menjadi lagu Heavy Metal pertama yang popular. Banyak band Heavy Metal yang terkenal seperti Metallica dan Iron Maiden dikatakan mengambil inspirasi untuk menjadi band Heavy Metal seperti Black Sabbath.

KATALAKI: Kalau korang layan Heavy Metal, lagu mana yang paling korang suka?

Last modified: 13 July 2020