Lagu-lagu Zaman Sekarang Yang “Ciduk “ Lagu Klasik

Sembang, ZAP, ZeKool

ϟ Trending

Adalah pentingnya jika kita ingin melakukan apa saja di dunia ini dengan adanya daya inspirasi. Sumber inspirasi ini menbantu kita dalam mencipta atau pun menghasilkan sesuatu perkara. Apabila kita menerapkan sumber inspirasi kita, kita juga secara tidak langsung menyuntik semangat mahukan daya kreativiti kita dalam melakukan perkara tersebut.

Namun ada sesetengah orang, selalunya di kalangan mereka yang menerbitkan sesuatu seni seperti filem atau muzik akan meletakkan sumber inspirasi sebagai medium untuk mereka berkarya. Dan kadang-kadang sumber inspirasi dalam seseuatu karya tersebut terlalu kuat sehinggakan ianya mampu dilihat dengan jelas inspirasi tersebut.

Jadi kali ini kami nak kongsikan kepada semua pembaca-pembaca Thelaki, lagu-lagu zaman sekarang yang popular turut mengunakan lagu-lagu lama sebagai sumber inspirasi karya mereka sehingga ianya berjaya diterjemah dengan jelas. Jom baca dan usha…

NAS – I CAN

Yang pertama sekali adalah lagu daripada kelahiran Amerika Syarikat bernama Nasir Bin Olu Dara Jones atau nama pentasnya dikenali sebagai Nas. Lagu yang dikeluarkan pada tahun 2003 ini dengan jelas sekali mengunakan lagu ciptaan komposer lagenda, Beethoven berjudul “Für Elise” sebagai sample track untuk single kedua daripada album ke-enam Nas berjudul “God’s Son”.

Lagu “Für Elise” juga merupakan lagu berasaskan melodi yang mudah di hadam oleh berdengar dan apabila lagu ini digabungkan dengan elemen-elemen beat muzik Hip-Hop. Ianya seakan memberi nafas yang terbaharu buat pendengar untuk mudah menggerakkan kepala sambil sing along dengan bait-bait lirik yang disampaikan oleh Nas.

Namun Nas tidak mengunakan keseluruhan lagu ciptaan Beethoven ini dimana ritma asal lagu ini dimain pada 3/4, berlainan dengan sample yang digunakan oleh Nas yang mengunakan 4/4. Melodi Für Elise juga digunakan selaku melodi utama untuk “I Can”. Selain lagu ciptaan Beethoven ini digunakan sebagai sample, Nas juga turut mengunakan sample bunyian drum yang diambil daripada lagu “Impeach the President” nyanyian The Honey Drippers.

RADIOHEAD – EXIT MUSIC FOR A FILM

Lagu ciptaan Radiohead ini mempunyai penceritaan yang menarik tentang bagaimana ianya bermula. Lagu ini diciptakan untuk sebuah filem berjudul Romeo and Juliet pada tahun 1996 yang diarahkan oleh Baz Luhrmann. Apabila Radiohead mengadakan tour bersama Alanis Morissette, Baz Luhrmann telah menghantarkan klip babak terakhir filem tersebut dan meminta Radiohead untuk ciptakan sebuah lagu untuk babak akhir filem tersebut. Daripada situ terhasilkan judul lagu ini “Exit Music For A Film”.

Namun apa yang kita benar-benar dapat dengar adalah lagu ini mengambil sedikit referencing mahupun inspirasi daripada lagu classical lama daripada komposer bernama Chopin berjudul “Prelude No.4 in E Minor”. Walaupun Radiohead mengunakan guitar untuk menghasilkan bunyian chord berbanding Chopin yang mengunakan bunyi piano untuk sepanjang lagu klasik ini. Apa yang pasti adalah penghasilan mood yang diberikan adalah sama buat kedua-dua lagu ini.

MUSE – PLUG IN BABY

“Plug In Baby” merupakan lagu single pertama yang diambil daripada album kedua “Origin of Symmetry” band yang berasal England ini. Ianya dikeluarkan pada tahun 2001. Lagu ini juga dikatakan lagu yang mengangkat nama dan muzik yang dibawakan oleh Muse ke persana muzik global. Ianya juga adalah lagu genre prog-rock terbaik yang pernah dikeluarkan pada era tahun 2000.

Lagu ini juga mengambil inspirasi dan menerapkan elemen-elemen sejarah muzik classical apabila Matt Bellamy menghasilkan bunyian riff guitar berasaskan melodi daripada Bach “Toccata and Fugue In D Minor”. Walaupun tidak jelas sangat seperti lagu klasik hasil ciptaan Bach. Apa yang pasti Matt Bellamy telah memberikan impak yang hebat walaupun ianya di inspirasikan daripada lagu klasik. Para pembaca Total Guitar telah memilih lagu ini sebagai number one riff untuk lagu-lagu era tahun 2000.

LUDACRIS – COMING 2 AMERICA

Ini lagu sorang rapper Amerika Syarikat yang juga mengunakan lagu classical sebagai sample muzik latar dengan beat Hip-hop yang jelas kedengaran minimalist. Lagu yang dikeluarkan pada tahun 2001 ini diambil daripada album ketiga Ludacris berjudul “Word of Mouf” yang turut dikeluarkan pada tahun yang sama.

Coming 2 America mengambil sample bahagian bait-bait lagu “Requiem” cipta komposer klasik Wolfgang Amadeus Mozart. Lagu tersebut menpunyai bunyian-bunyian seakan cinematic yang diadunkan dengan vokal dan instruments orchestra. Yang menarik sekali lagu “Coming 2 America” ini juga mengunakan lagu “Symphony No. 9, “From the New World”, 4th movement (Allegro con fuoco)” hasil komposisi pemuzik terkenal tahun 1893. Jadi terdapat dua lagu classical yang diaturkan sebagai sample untuk lagu Hip-Hop ini.

MAROON 5 – MEMORIES

Antara lagu tahun 2019 yang mengambil inspirasi lagu classical tentunya lagu hasil ciptaan Adam Levine, Stefan Johnson, Jordan Johnson, Michael Pollack, Jacob Kasher Hindlin, Jon Bellion dan Vincent untuk band Pop Rock, Maroon 5.

Seperti yang ramai dapat dengar, lagu ini dikatakan mengunakan chrod progression yang sama dengan lagu classical ciptaan Johann Pachelbel berjudul “Canon in D”. Kalau korang tak tahu, lagu “Canon in D” ini juga adalah lagu yang selalunya digunakan sebagai lagu tema untuk majlis perkahwinan orang-orang Barat. Kalau korang dengar melodi yang dinyanyikan oleh Adam Levine dan melodi “Canon in D”, ianya kedengaran lebih kurang sama. Cuma di dalam “Memories” ada beberapa melodi yang dikeluarkan untuk kedengaran lain daripada melodi “Canon in D”.

OASIS – DON’T LOOK BACK IN ANGER

Lagu ciptaan Oasis yang merupakan lagu ke-empat daripada album “(What’s the Story) Morning Glory?” yang diterbitkan pada tahun 1994 ini pada permulaan lagu mengambil sedikit inspirasi daripada lagu “Imagine” ciptaan John Lennon serta tajuk lagu ini juga seakan memberikan penghormatan kepada lagu “Look Back In Anger” nyanyian David Bowie.

Tetapi kalau korang dengar betul-betul cara chrod progression di dalam lagu “Don’t Look Back In Anger” ini juga mengunakan chord progression yang sama seperti lagu “Canon In D” ciptaan Johann Pachelbel. Kalau dengar dengan telinga kasar memang susah nak cam tetapi kalau korang dengar dengan telit, ianya seakan sama.

KATALAKI: Lagu bawa ku pergi pun macam sama juga kan?

ϟ Trending

Last modified: 10 April 2020