Lagu MCR Paling Famous Kat YouTube

Sembang

Rasanya semua dah cukup aware yang rock band terkenal masa zaman Myspace masih lagi gah, My Chemical Romance (MCR) akan kembali reunion untuk mengadakan konsert selepas berpecah pada tahun 2013, 6 tahun yang lepas. Berita mengenai MCR kembali bersatu disampaikan oleh MCR sendiri menerusi Instagram dan Twitter pada 1 November 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by My Chemical Romance (@mychemicalromance) on

Malang sekali untuk peminat-peminat MCR yang dulu pernah digelar budak emo kat Malaysia, konsert reunion MCR ni hanya diadakan sekali je buat masa ni, bertempat di Los Angeles. Takde lagi berita MCR akan buat world tour, termasuk lah Malaysia. Lepas ni kalau MCR ada album baru, mungkin baru ada world tour la kot. Pada tahun 2007, MCR pernah datang ke Malaysia untuk The Black Parade World Tour yang berlangsung di Stadium Merdeka. Korang ada yang pergi tak masa tu? Lepas poster konsert reunion MCR dimuat naik pada 2 November 2019, tak sampai 2 jam, tiket dah sold out.

My Chemical Romance yang mula ditubuhkan pada tahun 2001 oleh vokalis utama, Gerard Way, pernah keluarkan 4 album dari tahun 2002 sehingga 2010 iaitu I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love (2002), Three Cheers for Sweet Revenge (2004), The Black Parade (2006) dan Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys (2010).

Disebabkan MCR mula popular sebelum YouTube popular kat Malaysia, mari kita throwback balik lagu-lagu MCR yang paling popular kat YouTube dan lagu-lagu ni pernah gak menghiasi hari-hari kita masa zaman handphone sabun, daun dan sebagainya.

Helena (2005)

Muzik video Helena ni diarahkan oleh Marc Webb yang pernah terlibat sebagai pengarah untuk filem 500 Days of Summer (2009) dan The Amazing Spider-Man (2012). Gerard Way pernah mengaku yang lagu Helena diinspirasikan daripada lagu Aces High nyanyian Iron Maiden.

Famous Last Words (2007)

Lagu Famous Last Words pernah dimasukkan dalam permainan video Guitar Hero II untuk Xbox 360. Kalau yang pernah goreng gitar dengan Guitar Hero II tu, tahu la macam mana feel dia bila main lagu My Chemical Romance.

Teenagers (2007)

Teenagers merupakan lagu kedua paling banyak tontonan di YouTube channel MCR, dah mencecah lebih daripada 125 Juta tontonan setakat artikel ni ditulis. Menurut Gerard Way, lagu ni mengisahkan mengenai remaja dan isu keganasan senjata yang berlaku di Amerika Syarikat.

Welcome to the Black Parade (2006)

Muzik video lagu MCR yang paling banyak ditonton ni diarahkan oleh Samuel Bayer yang pernah juga mengarahkan muzik video Nirvana, Smell Like Teen Spirit (1991) dan lagu-lagu Green Day sebelum menghasilkan muzik video untuk lagu Welcome to the Black Parade.
KATALAKI: Lagu MCR mana satu yang paling korang tak boleh lupa?

Last modified: 5 November 2019