Lagu Ngam Terok Untuk Harimau Malaya

Aktif, Bola

Selasa ni, 11 Disember 2018, Stadium Nasional Bukit Jalil bakal bergegar sekali lagi dengan laungan penyokong Harimau Malaya yang akan turun menyaksikan perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam. Korang berjaya tak dapatkan tiket? Penjualan tiket secara online dan di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil memang kecoh setiap kali Malaysia layak ke final Piala Suzuki AFF.

Terima kasih FAM bosskurr sebab sediakan laluan khas untuk penyokong Harimau Malaya yang turun ke Stadium Rajamangala hari tu. Kami pun join sekaki untuk dapatkan tiket final. Kita jumpa ramai-ramai kat Stadium Nasional Bukit Jalil nanti! Nahh throwback sikit apa yang jadi masa kat Stadium Rajamangala hari tu untuk naikkan semangat ekor harimau sejati korang!

 

View this post on Instagram

 

Bergegar bangkok chanting power bros & sis Ultras Malaya! #AFFSUZUKICUP2018 #HarimauMalaya

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Sambil kita get ready nak turun stadium Selasa ni, kami sediakan lagu-lagu yang korang boleh dengar masa on the way nak ke stadium nanti. Nak dengar sekarang pun takde hal lah! Dah boleh create playlist Harimau Malaya sekarang gak!

1936 BOIS – Ekor Harimau Sejati

Baek la 1936 BOIS. Siap buat chanting Ekor Harimau Sejati studio version! Memang tak boleh lawan chanting Ekor Harimau Sejati kalau dengan Ultras Malaya kat stadium yang buat lagi berkobar-kobar semangat kita semua. Tapi studio version memang nice untuk korang layan!

1936 BOIS – Bangkit Bersama

Satu lagi chanting studio version oleh 1936 BOIS. Ramai yang cakap kena dengar chanting ni guna headphone atau earphone memang padu! Dah boleh hafal siap-siap dah lirik chanting ni untuk kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil nanti!

ULTRAS SOUND – Ale Ale Malaysiaku

Chanting studio version kali ni pula daripada Ultras Sound. Siap ada iringan guitar dan drum. Layan gak.

ULTRAS MALAYA FT JOE FLIZZOW, ALTIMET & CARLEED – Selamanya

Lagu ni dicipta 7 tahun lepas! Sampai sekarang boleh rasa semangat Harimau Malaya dalam lagu ni. Terima kasih Joe Flizzow, Altimet dan Carleed hasilkan lagu boek ni untuk Malaysia!

DJ BIGGIE FT MC SYZE & MR DAN – Harimau Malaya (REMIX)

Lagu asal sebenarnya lagu Wiz Khalifa – Black and Yellow, tapi di remix semula oleh DJ Biggie, MC Syze dan Mr Dan. Ngam lak tu bila remix semula jadi lagu Harimau Malaya. Tajuk asal pun Black and Yellow. Memang kena!

MALIQUE – Bangun Harimau Bangun

Fuh lagu daripada Malique. Untuk Harimau Malaya lak tu. Fahamkan satu per satu lirik Malique dalam lagu ni. Bangun harimau bangun! Kita baham Vietnam habis-habisan!

HUJAN – Rumah Kita

Ayuh Negaraku! Rumah kita! Layan bhai lagu ni. Come on Harimau Malaya! Bawa Piala Suzuki AFF 2018 balik rumah kita!

DEDEQ FT E’ONE, MALI & NAWKHI – Juara

Bak datang la Vietnam! Myanmar dan Thailand dah kena baham dengan Harimau Malaya. Kali ni mungkin masa untuk Vietnam? Come on Malaysia!

KATALAKI: Jangan buang sampah merata kat stadium nanti. Malaysia rumah kita!

Last modified: 14 December 2018