Lagu Popular Yang Mengisahkan Selebriti Lain

Kool Site, Sembang

Bila korang dengar lagu, pernah tak korang terfikir macam mana pencipta lagu tersebut boleh dapat idea untuk buat lagu yang kena dengan selera telinga korang? Mungkin apa yang diceritakan dalam sesebuah lagu tu sebenarnya pengalaman yang pernah dilalui oleh pencipta lagu tu sendiri atau mungkin pencipta lagu tersebut menggunakan pengalaman orang lain untuk menghasilkan sebuah cerita di dalam lagu?

Kali ni, kami nak kongsikan mengenai beberapa lagu popular di dunia yang dikatakan menceritakan dan ada kaitan dengan selebriti popular lain. Kita mulakan dengan lagu yang memang disukai ramai iaitu lagu Fix You yang dinyanyikan oleh Coldplay

FIX YOU – COLDPLAY

Lagu yang dipasarkan pada tahun 2005 ni dikatakan ditulis oleh Chris Martin untuk Gwyneth Paltrow (masa tu masih lagi bergelar suami isteri) selepas ayah kepada Gwyneth Paltrow meninggal dunia pada tahun 2002. Mak kepada Gwyneth Paltrow, Blythe Danner pernah mengaku yang lagu Fix You memang ditulis oleh Chris Martin untuk Gwyneth Paltrow.

Image Via : mirror.co.uk

HEART-SHAPED BOX – NIRVANA

Heart-Shaped Box merupakan lagu yang ditampilkan di dalam album studio terakhir Nirvana bertajuk In Utero yang dipasarkan pada tahun 1993. Lagu Heart-Shaped Box juga merupakan lagu terakhir yang pernah dinyanyikan oleh Kurt Cobain di depan orang ramai secara live pada tahun 1994 di Munich, Jerman. Lagu ni dikatakan ditulis oleh Kurt Cobain untuk isterinya, Courtney Love mengenai kemaluan Courtney Love. Courtney Love sendiri pernah tweet kepada Lana Del Rey, bagi tahu pasal asal usul lagu Heart-Shaped Box.

CRY ME A RIVER – JUSTIN TIMBERLAKE

Single kedua yang dipasarkan dalam album pertama Justin Timberlake selepas bergerak secara solo, Cry Me A River dikatakan menceritakan mengenai kisah perpisahan Justin Timberlake dan Britney Spears yang berlaku pada tahun 2002. Lagu ni gak berjaya menang anugerah Best Male Pop Vocal Performance di Grammy Awards pada tahun 2004.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Timberlake (@justintimberlake) on

YOU’LL BE IN MY HEART – PHIL COLLINS

Mungkin korang tak berapa kenal siapa Phil Collins, tapi lagu ni merupakan lagu tema untuk filem animasi Tarzan yang ditayangkan pada tahun 1999. Datuk Zainal Abidin pernah nyanyi lagu ni dalam versi Bahasa Melayu. Lagu ni sebenarnya dicipta oleh Phil Collins, ditujukan untuk anak perempuannya, Lily Collins. Korang mesti kenal siapa Lily Collins. Lily Collins pernah berlakon dengan Zac Efron dalam filem Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile yang ditayangkan pada tahun 2019.

Image Via : people.com

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lily Collins (@lilyjcollins) on

Ada satu laman web menarik yang korang boleh cuba kalau korang nak tahu cerita di sebalik sebuah lagu. Tapi kesasihan cerita di sebalik sesuatu lagu tu tak boleh nak dipastikan sebab siapa-siapa pun boleh menyumbangkan cerita kat laman web ni. Kalau korang nak cuba, boleh pergi kat genius.com. Kami tertarik dengan cerita di sebalik lagu Empayar Mu yang dinyanyikan oleh Hujan.

Image Via : genius.com

KATALAKI: Terus rasa nak study balik lirik-lirik lagu ni.

Last modified: 3 December 2019