Lagu² Yang Dicipta Dalam Tempoh Kuarantin

Sembang, ZAP, ZeKool


Dalam keadaan dunia masih lagi memerlukan orang ramai untuk kekal berada di dalam rumah supaya dapat mengurangkan penularan wabak COVID-19, kita sendiri pun mesti tertanya-tanya apa yang orang lain buat kat rumah memandangkan dah lebih seminggu tak dibenarkan keluar.

Salah satu cara untuk kita jaga tepi kain orang atau tengok apa yang orang lain buat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah melalui media sosial. Ada yang buat Dalgona Coffee, ada yang baru belajar nak buat aiskrim goreng guna roti Gardenia, ada gak yang semakin aktif bertiktok dan ada yang sibuk dengan challenge di media sosial.

Terpulang kepada korang walau apa pun aktiviti yang korang lakukan, yang penting selamat dan kekal berada di dalam rumah. Selain tu, ada gak lagu yang berjaya dicipta oleh selebriti antarabangsa dan Malaysia walaupun dalam tempoh kuarantin. Macam layan gak lagu dorang ni memandangkan sekarang ni memang tengah dalam mood kuarantin.

TERDEDAH DENGAN COVID-19

Band yang pernah popular dengan lagu Apologize pada tahun 2006, OneRepublic mendedahkan yang ada di antara ahli kumpulan dorang, tanpa sedar terdedah dengan seseorang yang mempunyai virus COVID-19 selepas World Health Organization mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik.

Terus dikuarantin di dalam studio selama 2 minggu, OneRepublic berjaya menulis, merakam dan menyiapkan sebuah lagu bertajuk “Better Days” semasa dalam tempoh kuarantin, mengisahkan tentang kesan kepada manusia semasa dunia tengah berperang dengan wabak COVID-19.

SATU HARI SATU LAGU

Frontman kepada band Hujan yang berasal dari Sarawak, Noh Salleh mencetuskan projek #SatuHariSatuLagu di Instagram @mohammadnohbinsalleh selepas mula buntu di dalam rumah pada hari ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on

Bermula dengan lagu “Rawat Sampai Sembuh” yang dicipta untuk petugas perubatan dan pihak berkuasa yang tengah berhadapan dengan COVID-19, bermacam-macam jenis lagu kuarantin yang berjaya ditulis dan dirakam oleh Noh Salleh walaupun proses rakaman bersama AG COCO dan Naim Daniel hanya dilakukan menerusi email, dilampirkan dengan tahap kreativiti yang tak terbatas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on

Lagu pasal COVID-19 ada, pasal lockdown ada, pasal Touch n Go pun ada, bermacam-macam genre lagu yang muncul dalam fikiran Noh Salleh berjaya diluahkan dan disertakan dengan lirik yang penuh bermakna, sempoi dan puitis. Kalau dah siap ada lagu rock leleh, apa lagi yang korang nak. Dah ada 7 lagu dalam playlist #SatuHariSatuLagu setakat ni, korang try la dengar satu per satu kalau berani.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on

KATALAKI: Dengar lagu baru Noh Salleh tu guna earphones/headphones.


Last modified: 6 April 2020