Lagu² Yang Dicipta Semata-Mata Untuk COVID-19

Sembang

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia ke-8, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dah mengumumkan secara rasmi mengenai Perintah Kawalan Pergerakan atau juga digelar Movement Control Order di seluruh Malaysia berkuatkuasa 18 Mac 2020. Pastikan korang betul-betul faham apa yang dimaksudkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam kekalutan yang berlaku di seluruh dunia disebabkan wabak COVID-19, ada gak beberapa individu berjiwa kreatif yang menghasilkan lagu tema untuk sejenis wabak yang dah mengorbankan beribu-ribu penduduk dunia.

Sama ada lagu-lagu ni mampu untuk memberi semangat kepada penduduk dunia untuk melawan wabak COVID-19 atau hanya sekadar sejenis bunyi yang dicipta untuk memeriahkan industri hiburan, mari kita try layan.

BELIEVE LOVE WILL TRIUMPH

Selebriti dari China antara yang terawal mencipta dan memperdengarkan lagu yang bertemakan wabak COVID-19 yang bertajuk Believe Love Will Triumph.

Antara selebriti terkenal dari China yang juga terlibat dalam menyumbangkan suara dalam lagu ni adalah Jackie Chan dan Wang Leehom. Jangan lupa on subtitle.

JEALOUS CORONAVIRUS

Menggunakan rentak yang rancak dan sesuai dengan trend muzik terkini, Institute of Occupational Health and Environment yang terletak di Vietnam bergabung dengan beberapa selebriti tempatan Vietnam untuk menghasilkan sebuah lagu bertemakan COVID-19 yang mengajar orang ramai macam mana untuk mengelakkan COVID-19 daripada tersebar dan cara untuk mencuci tangan dengan betul. Muzik video dalam versi animasi.

LA CUMBIA DEL CORONAVIRUS

Kalau ada rasa teringin nak dengar lagu seakan-akan Despacito tapi versi COVID-19, korang boleh dengar lagu yang bertajuk La Cumbia Del Coronavirus yang dicipta oleh Mister Cumbia, berasal dari Mexico.

Sayang sekali, lagu ni takde lirik dalam English. Tapi, tujuan asal lagu ni untuk menyeru orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga dan selalu mencuci tangan.

STUPID COUGH

Pelawak dan penyanyi dari Filipina, Mikey Bustos menggunakan lagu asal yang dinyanyikan oleh Lady Gaga bertajuk Stupid Love untuk menghasilkan sebuah lagu parodi yang ada kena-mengena dengan COVID-19.

Lagu ni dihasilkan untuk mendidik orang ramai mengenai apa yang perlu dilakukan semasa COVID-19 masih lagi menular di seluruh dunia.

KATALAKI: Kalau kat Malaysia dah ada ke lagu pasal COVID-19?

Last modified: 19 March 2020