Lakonan & Dive Paling Kantoi Sepanjang Zaman

Aktif, Bola

Setiap pemain bola sepak mempunyai skil, teknik dan cara permainan mereka yang tersendiri.

Cara permainan yang dimaksudkan contohnya, selalu melakukan terjahan keras macam Sergio Ramos, melompat setinggi yang boleh untuk dapatkan tandukan deras macam Cristiano Ronaldo atau pun cepat menjatuhkan badan apabila dikasari pihak lawan untuk dapatkan sepakan percuma atau penalti seperti Neymar?

Sekarang masa untuk kita dive dalam senarai pemain a.k.a pelakon bola sepak yang paling kantoi sepanjang zaman.

Rivaldo vs Turkey (2002)

Legenda Brazil, Rivaldo sentiasa menampilkan cara permainan yang genius ketika beraksi untuk pasukan kelab dan negara. Tapi, kadang-kadang legend pun rasa nak berlakon 😂. Pemain Turkey dilayangkan kad merah dan Brazil menang 2-1. Namun selepas FIFA buat siasatan melalui ulang tayang video, Rivaldo didenda £5,180 (RM28k).

Steven Taylor vs Aston Villa (2005)

Dah macam kena tembak dengan sniper. Steven Taylor cuba menahan bola rembatan pihak lawan selepas penjaga gol jauh dari gawang gol. Malang sekali, terkena tangannya. Tapi reaksi Steven Taylor selepas sedar terkena tangan mungkin terlalu tragis dan pengadil hadiahkan kad merah 😂

Norbert Meier vs Albert Streit (Cologne) (2005)

Jarang sekali kita dapat saksikan pergaduhan di dalam padang antara pemain dan pengurus. Pengurus MSV Duisburg, Norbert Meier dan Albert Streit, pemain FC Cologne bertelagah di tepi padang sehingga melagakan kepala masing-masing. Secara dramatik, mereka seolah-olah berlumba untuk jatuh ke tanah dulu dan siapa lagi sakit 😂. Akhirnya, mereka berdua dilayangkan kad merah dan selepas siasatan German FA, Norbert Meier didapati bersalah kerana memulakan pergaduhan dengan melagakan kepala. Norbert Meier digantung daripada sebarang tugas pengurus pasukan selama 3 bulan.

Cristiano Ronaldo vs Chelsea (2008)

Pemenang FIFA Ballon d’Or sebanyak 5 kali ini juga tidak terkecuali dengan aksi lakonannya jika diasak pihak lawan. Saksikan reaksi Frank Lampard lepas pengadil memberi free kick. Jelingan manja..

Bryan Carrasco vs Ecuador (U20s) (2011)

Belum ada lagi pemain yang tampar muka sendiri untuk dapatkan
free kick. Tapi Bryan Carrasco cuba menggunakan tangan pihak lawannya untuk menampar mukanya sendiri. Seolah-olah pihak lawan cuba menyiku mukanya. Sayang sekali, pengadil tak layan 😂

Dive atau berlakon untuk dapatkan free kick sememangnya akan dikutuk dan dibahan oleh pihak lawan. Tapi sebenarnya ni salah satu cara ataupun mental dan taktikal game plan pemain tersebut untuk lengahkan masa dan buat pihak lawan menyirap. 😂

KATALAKI: Dive dive tapi kalah pun tak guna gakk

Last modified: 22 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *