Lampard & Legenda Lain Yang Pernah Jadi Pengurus Bekas Kelab

Aktif, Bola

Dah nampak dah cahaya kat muka penyokong-penyokong Chelsea selepas secara rasminya Frank Lampard dilantik sebagai pengurus dan ketua jurulatih baru pasukan Chelsea menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan Maurizio Sarri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chelsea FC (@chelseafc) on

Tapi sebenarnya ada gak penyokong Chelsea yang masih lagi terasa hati dengan Frank Lampard sebab Frank Lampard pernah bermain untuk Manchester City dan siap score masa lawan Chelsea. Penyokong Chelsea bertambah triggered bila Man City siap cakap Frank Lampard ialah pemain legenda Man City.

Selain Frank Lampard, sebelum ni ada gak pemain legenda lain yang buat comeback, balik ke pasukan kesayangan sebagai pengurus. Antaranya, Ole Gunnar Solskjær bersama Man Utd dan Zinedine Zidane bersama Real Madrid. Mari kita tengok siapa lagi pemain legenda yang pernah kembali ke pangkuan pasukan lama sebagai pengurus.

Kenny Dalglish (Liverpool)

Legenda pasukan Liverpool ni mula bermain bersama dengan Liverpool pada tahun 1977 sampai la Kenny Dalglish bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 1990.

Kali pertama Kenny Dalglish menggalas tugas sebagai pengurus Liverpool ialah pada tahun 1985. Masa tu Kenny Dalglish bekerja sebagai pemain dan dalam masa yang sama, pengurus di Liverpool. Pada tahun 1991, Kenny Dalglish letak jawatan sebagai pengurus Liverpool dan meneruskan perjalanan karier sebagai pengurus pasukan bola sepak bersama Blackburn Rovers.

Pada tahun 2011, Kenny Dalglish sekali lagi dilantik sebagai pengurus Liverpool selepas didesak oleh penyokong-penyokong Liverpool untuk mengembalikan prestasi terbaik pasukan Liverpool. Kali kedua sebagai bertugas pengurus Liverpool, Kenny Dalglish berjaya menang 1 piala.

Sepanjang beraksi bersama Liverpool sebagai pemain dan pengurus, Kenny Dalglish berjaya menang 31 piala. Sekarang ni Kenny Dalglish masih lagi bersama dengan Liverpool sebagai ahli lembaga pengarah pasukan Liverpool.

Alan Shearer (Newcastle United)

Alan Shearer tak pernah menang piala sepanjang beraksi selama 10 tahun dengan Newcastle United. Tapi sangat disanjung oleh penyokong Newcastle United disebabkan prestasinya, berjaya jaringkan 181 gol dalam 369 perlawanan bersama Newcastle United.

Pada tahun 2009, Newcastle United buat keputusan mengejut dengan melantik Alan Shearer sebagai pengurus sementara untuk baki 8 perlawanan liga. Alan Shearer hanya berjaya menang 1 perlawanan dan tak pernah lagi jadi pengurus untuk pasukan lain sampai sekarang.

Pep Guardiola (Barcelona)

Pep Guardiola disanjung oleh penyokong Barcelona selepas berjaya meneruskan legasi pemain dan pengurus legenda Barcelona, Johan Cruyff yang mengamalkan taktikal high pressing dan mengutamakan possession football.

Pep Guardiola mula dilantik sebagai pengurus Barcelona pada tahun 2008, selepas berjaya membimbing pasukan Barcelona B menang dalam beberapa kejohanan. Sebagai pengurus, Pep Guardiola berjaya menang 12 piala dan sebagai pemain berjaya menang 16 piala bersama Barcelona.

Carlo Ancelotti (AC Milan)

Tak ramai yang tahu sebenarnya Carlo Ancelotti pernah beraksi untuk AC Milan pada tahun 1987 sehingga 1992. Bermain di posisi tengah, Carlo Ancelotti berjaya menang 9 piala bersama AC Milan.

Pada tahun 2001, Carlo Ancelotti buat comeback sebagai pengurus AC Milan selepas menimba pengalaman menguruskan pasukan AC Parma dan Juventus. Carlo Ancelotti bertugas sebagai pengurus AC Milan selama 8 tahun dan berjaya menang 7 piala termasuk piala UEFA Champions League sebanyak 2 kali. Sekarang ni, Carlo Ancelotti merupakan pengurus untuk pasukan SSC Napoli.

KATALAKI: Musim baru nanti berebut la Frank Lampard dan Ole Gunnar Solskjær nak buktikan legend yang mana satu yang paling cepat kena pecat.

Last modified: 8 July 2019