Lapar Esports: Team Streamer Terkenal Di Malaysia!

Game, Tech

Sekarang ini banyak team-team Esports yang mula muncul di Malaysia. Bagi aku ini adalah satu benda yang sihat sebab kita mula nampak sebenarnya banyak talenttalent yang bagus dekat Malaysia. Ada di antara mereka yang berjaya pergi keluar negara untuk mewakili Malaysia lagi!

Walaupun kebanyakkan daripada mereka fokus kepada memasuki tournament, terdapat beberapa Esports team yang beralih arah untuk fokus kepada livestreams dan menghiburkan peminat-peminat mereka. Salah satu Esports team tersebut adalah Lapar Esport.

Kalau korang pernah dengar nama streamers seperti MelRomeo, MasterSeth dan Chiko, korang mesti tahu yang dorang bertiga ini sebenarnya merupakan ahli Lapar Esports. Untuk pengetahuan korang, Lapar Esports telah ditubuhkan pada tahun 2017 oleh MelRomeo dan Chiko apabila mereka cuba untuk menubuhkan satu team PUBG PC pro team yang mana kemudiannya mengambil dua ahli baru iaitu MasterSeth dan juga Zennis.

Mereka mula menjadi terkenal selepas mereka berjaya melayakkan diri ke PUBG Southeast Asia Championship 2018. Semenjak itu, mereka mula menarik lebih ramai peminat-peminat daripada Malaysia dan akhirnya pada tahun 2019, mereka telah mendaftarkan nama Lapar Esports sebagai sebuah satu organisasi dan juga kelab.

Pada mulanya mereka terkenal dengan permainan video PUBG PC namun mereka mula berpindah ke PUBG Lite dan juga PUBG Mobile. Dengan kemasukan ahli-ahli baru, mereka mula expand ke permainan lain seperti Mobile Legends: Bang Bang dan juga Dota2.

Kini mereka mempunyai lebih kurang 40 orang players untuk permainan video PUBG Mobile dan telah membentuk 4 pasukan yang lengkap. Untuk permainan video Call of Duty Mobile, walaupun mereka belum membentuk pasukan yang lengkap tetapi mereka sudah mempunyai 11 orang player baru. Bagi permainan video Mobile Legends: Bang Bang pula, mereka kini mempunyai 1 full squad yang mana terdiri daripada 5 orang pemain, 1 simpanan dan seorang pengurus. Kalau korang ada mengikuti XPAX KEK Semester 2 yang lepas, pasukan Boi daripada Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur sebenarnya merupakan pasukan daripada Lapar Esports.

Selain itu, berikut merupakan antara beberapa Esports Tournament yang pernah Lapar Esports join:

  • ROG MLBB Inter Campus Tournament (TOP 8 Quarter Final)
  • KSM 881 PUBGM Tournament (Champion)
  • PUBG Mobile National Championship Penang Qualifiers (3rd Place)
  • ASIK Online Tournament (Group Stage)
  • UNIKL PUBGM Tournament (Group Stage)
  • RIOTXGANK Online Tournament (2nd Place)

Seperti yang aku cakap tadi, dalam team Lapar Esports ini terdapat beberapa orang streamer yang memang terkenal dekat Malaysia! Jom kita berkenalan sikit dengan streamerstreamer ini:

MelRomeo

Muzamil bin Mudzakir atau lebih terkenal dengan panggillan MelRomeo merupakan Co-Founder untuk Lapar Esports. Sebelum ini dia menetap di Johor Baru dan telah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2018. Mel mempunyai Degree dalam Electronic Engineering dan pernah berkhidmat sebagai Brodcasting Engineer di sebuah syarikat media terkenal.

Selain menjadi seorang streamer terkenal, dia juga mempunyai cita-cita untuk rangkaian cyber cafe sendiri satu hari nanti. Kalau korang nak layan Mel punya Livestream, korang boleh follow page Mel dekat Facebook Page rasmi MelRomeo.

Chiko

Chiko atau nama sebenarnya Ku Izwan bin Ku Majid merupakan Founder untuk Lapar Esports. Bermula dari kecil, Chiko sememangnya seorang peminat permainan video dan permainan video pertama yang menjadi kegemarannya adalah game HalfLife.

Chiko sebelum ini menjadikan streaming sebagai salah satu cara untuk dia menghiburkan diri sendiri setelah penat bekerja namun dia tidak menyangka yang streamer juga boleh dijadikan sebagai kerjaya. Disebabkan ini juga dia dan Mel menubuhkan Lapar Esports untuk mengajak dan memberitahu orang ramai yang livestreaming juga boleh dijadikan sebagai kerjaya yang berjaya. Kalau korang nak tengok Chiko beraksi, jangan lupa follow Facebook Page rasmi Chiko di SINI.

Toro Tuna

Muhamad Kamil bin Mohd Kamaruzaman ataupun dikenali sebagai Toro Tuna mempunyai lebih daripada 112 ribu followers di Facebook Page rasminya. Toro mempunyai Bachelor dalam Nutrition Management. Anak jati Kajang, Selangor ini baru berusia 28 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Nutrition Quality Control Analysis.

Toro mempunyai cita-cita yang agak besar yang mana dia mahu sebuah gaming house yang proper untuk team Lapar Esports. Salah satu pesanan Toro kepada mereka peminat dan mereka yang selalu menyokongnya adalah supaya terus bekerja keras untuk dapatkan apa yang korang impikan! Follow Toro Tuna dekat SINI kalau nak tengok livestream dia!

MasterSeth

Seperti Chiko, Hazmi bin Hamidon ataupun dikenali sebagai MasterSeth juga mula bermain permainan video sebagai hobi sahaja namun tidak menyangka hobi ini mampu untuk dijadikan sebagai kerjaya dan mengubah hidupnya.

MasterSeth mempunyai Diploma dalam Engineering Computing dan kini sedang mendapatkan Degree dalam Network Engineering. Ini baru gamer yang betul, bukan main game lepas itu ponteng sekolah macam korang hahaha! Jangan lupa follow Facebook Page MasterSeth kalau nak tengok dia livestream!

Uncle Dyy

Uncle Dyy ataupun nama sebenarnya Hadi Asnawi bin Abdul Hamid mempunyai Diploma dalam Photography dan Degree dalam Islamic Finance. Kalau yang lain menggunakan kerjaya sebagai streamer untuk menghiburkan diri mereka dan peminat, Uncle Dyy pula menggunakan kerjaya sebagai streamer untuk membina keyakinan diri.

Ini disebabkan Uncle Dyy mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelakon professional! Selain melatih diri untuk menjadi seorang pelakon, Uncle Dyy juga bercita-cita untuk mempunyai sebuah syarikat talent agency sendiri satu hari nanti. Jangan lupa support dan follow Facebook Page Uncle Dyy untuk layan dia punya livestream!

Sebelum aku tamatkan article ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada Ilya Kravchuk Vyacheslavovich (Ilya), President untuk Lapar Esports kerana membantu aku untuk menyiapkan article ini. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong-penyokong Lapar Esports dan akan membuat yang terbaik untuk komuniti gaming di Malaysia pada masa hadapan. Jangan lupa follow Facebook Page Lapar Esports untuk terus menyokong dorang!

KATALAKI: Takda orang nak ambik aku sebagai player team Mobile Legends dorang ke? 🙁

Last modified: 14 December 2019