Laptop Dengan Teknologi ScreenPad Plus!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, pihak ASUS baru sahaja meraikan ulang tahun mereka yang ke 30 dalam event yang diberi nama “Wiser Together“. Dalam event ini, pihak ASUS ada melancarkan beberapa laptop terbaru seperti ASUS ZenBook Pro Duo, ASUS ZenBook Duo, ASUS ZenBook 13/14/15 dan juga laptop limited edition untuk ulang tahun mereka iaitu ASUS ZenBook Edition 30.

Sebelum ini, ASUS telah mengumumkan ASUS ZenBook Pro Duo dan ZenBook Duo semasa di COMPUTEX 2019. Ini merupakan laptop pertama di dunia yang mempunyai second screen! Teknologi ini dipanggil sebagai ASUS ScreenPad Plus. Ini merupakan penambahbaikan daripada teknologi mereka sebelum ini yang mana meluaskan dan enhances kebolehan interactive yang pada ScreenPad sebelum ini.

ASUS ScreenPad Plus mempunyai 4K secondary touchscreen yang berfungsi dengan lancar bersama-sama dengan main display yang bersaiz 15.6 inci 4K UHD OLED touchscreen. Terdapat beberapa quick control feature seperti App Switcher, ViewMax dan Task Swap yang memberikan interaction yang lebih lancar dari main display ke ScreenPad Plus. Terdapat dua laptop yang diperkenalkan iaitu ZenBook Pro Duo dan juga ZenBook Duo.

Bagi ZenBook Pro Duo, ia sememang yang dicipta untuk creator dan juga designers. ZenBook Pro Duo dilihat lebih besar berbanding ZenBook Duo yang mana ia disertakan dengan screen sebesar 15.6 inci 4K OLED touch screen display. Tidak dilupakan ia juga disertakan dengan 9th Generation Intel Core processor dan RAM sebesar 32GB. Ia juga mempunyai NVIDIA GeForce RTX 2060 untuk bahagian graphic card.

Untuk ZenBook Duo pula, ia dilihat lebih kecil sedikit berbanding dengan ZenBook Pro Duo. Untuk laptop ini ia lebih sesuai business multitasking. ZenBook Duo mempunyai screen sebesar 14 inci FullHD dengan Pantone Validate IPS LCD (non-touch) display. Laptop ini juga dikatakan antara laptop pertama yang mempunyai 10th Generation Intel Core i7 CPU. Untuk bahagian graphic card, laptop ini disertakan dengan NVIDIA MX250.

Selain daripada ASUS ZenBook Pro Duo dan ASUS ZenBook Duo, ASUS juga memperkenalkan ZenBook 13, ZenBook 14 dan ZenBook 15. Ketiga-tiga laptop ini adalah sangat ringan dan mempunyai frameless NanoEdge display yang memberikan 95% screen-to-body ratio yang akan maksimumkan lagi screen area.

ketiga-tiga laptop ini juga dilengkapi dengan ScreenPad 2.0, upgrade daripada ScreenPad yang lama yang mana kini mempunyai 5.65 inci touchscreen yang memberikan lebih banyak feature. antara feature menarik yang terdapat pada ketiga-tiga laptop ini adalah Quick Key, Handwriting untuk natural text input dan Number Key untuk data entry yang lebih pantas. Tidak dilupakan siri ini juga lebih jimat tenaga berbanding laptop sebelum ini yang mana memberikan 2.5 kali ganda battery life apabila ScreenPad 2.0 ini digunakan.

Bagi meraikan ulang tahun ASUS yang ke 30, mereka juga mengeluarkan ASUS ZenBook Edition 30 yang mempunyai body bahagian atas yang diperbuat daripada Genuine Leather. Laptop ini merupakan laptop daripada siri ZenBook 13. Selain daripada Genuine Leather body, ia juga mempunyai 18-karat gold plated logo yang membuatkan laptop ini nampak lebih mewah dan exclusive. Laptop limited edition ASUS Edition 30 ini juga mempunyai beberapa accessories yang nampak sangat premium. Antara accessories yang pelanggan akan dapat adalah Pearl White mouse, mouse pad, genuine-leather laptop sleeve dan juga leatherlook box. Sememangnya laptop limited edition ini nampak sangat mewah dan sesuai dijadikan sebagai koleksi untuk peminat-peminat ASUS.

Untuk ASUS ZenBook Pro Duo ia dijual pada harga bermula RM12,999 manakala untuk ZenBook Duo pula dijual pada harga bermula RM4,999. Untuk ASUS ZenBook Edition 30 pula, ia dijual pada harga bermula RM5,199 sahaja. dan akhir sekali bagi ZenBook 13/14/15 pula akan akan dijual pada harga bermula RM4,399 sahaja.

KATALAKI: ASUS ZenBook Edition 30 tu memang nampak high class wey!

Last modified: 22 November 2019