Laptop + Desktop = ASUS ROG Mothership!

Gadget, Tech

Minggu ini, pihak ASUS ROG (Republic of Gamers) telah melancarkan beberapa produk terbaru dorang kepada pasaran Malaysia. Terdapat banyak produk yang dorang akan lancarkan bermula pertengahan bulan July tahun ini sehinggalah akhir bulan August nanti.

Aku agak kagum jugalah dengan produk yang dorang bakal keluarkan dan tengok harga dorang lagi buat mata aku terbeliak hahaha! Tapi biasalah kalau korang nak barang yang terbaik, harga pun kena terbaik jugalah bro. Bak kata iklan dulu-dulu, “Barang baik memanglah mahal”

ROG MOTHERSHIP

Antara produk ASUS ROG yang buat mata aku terbeliak adalah ASUS ROG Mothership. ASUS ROG Mothership ini adalah gabungan bila korang tak tahu nak beli laptop or nak beli desktop, jadi terciptalah ASUS ROG Mothership. Keyboard pada ASUS ROG Mothership ini boleh dicabut dan dilipat bro!

Korang juga boleh berdirikan monitor bagi memberikan air flow yang lebih bagus pada ASUS ROG Mothership ini. Dia lebih kurang macam all in one PC jugalah bentuk dia. Tapi spec dia sangat-sangat terbaik. ASUS ROG Mothership ini dilengkapi dengan Intel Core i9, 16GB DDR4 RAM, 512GB SSD dan NVIDIA GeForce RTX2080!

Saiz untuk ASUS ROG Mothership ini pun tak adalah tebal sangat. Ia cuma sebesar 29.9mm sahaja. Saiz screen dia pula sebesar 17.3 inci Full HD IPS Panel. Agak puaslah guna kalau korang nak guna main game ataupun korang nak guna untuk edit video contohnya. Nak tahu harga dia? ASUS ROG Mothership ini akan dijual pada pertengahan July pada harga RM26,999 sahaja!

ROG HURACAN G21

Korang tengah mencari desktop gaming yang terbaik? Maybe ASUS ROG Huracan G21 ini sesuai dengan korang. Kita tengok daripada segi design dia dulu. Yang menariknya dekat ASUS ROG Huracan G21 ini dekat bahagian tepi dia terdapat magnetic side cover yang boleh dilipat. Selain nampak cool, ianya juga memberikan lebih airflow untuk better cooling.

Bagi memastikan gaming performance yang terbaik, ASUS ROG Huracan G21 ini dilengkapi dengan Intel Core i9 processor dengan RAM sehingga 32GB DDR4. Ia juga dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 2080 untuk graphic card.

Untuk storage pula, ASUS ROG Huracan G21 ini akan dipasang dengan 2TB HDD dan 512GB SSD. Kalau korang tengok spec dia memang bukan calang-calanglah. ASUS ROG Huracan G21 ini akan mula dijual pada bulan August dan dijual pada harga bermula RM6,299.

GLACIER BLUE

Pihak ASUS ROG juga ada mengeluarkan versi terbaru untuk ASUS ROG Zephyrus S GX502 dan ASUS ROG Strix G G531. Versi yang dipanggil sebagai Glacier Blue ini nampak agak nice dengan warna silver biru-biru sedikit. Teringat aku dengan colour theme untuk game Monster Hunter World: Iceborne.

Spec untuk laptop ini masih lagi sama. Untuk ASUS ROG Zephyrus S GX502, ia dilengkapi dengan Intel Core i7 untuk processor, 16GB DDR4 RAM, 512GB SSD, NVIDIA GeForce RTX2070 dan mempunyai 15.6 inci Full HD IPS Panel. Versi ini akan mula dijual pada akhir bulan August pada harga RM8,899.

Bagi ASUS ROG Strix G G531 pula, spec yang akan diletakkan adalah Intel Core i5 untuk processor, 4GB DDR4 RAM, 512GB SSD, NVIDIA GeForce GTX1650 dan mempunyai display yang sama seperti ASUS ROG Zephyrus S GX502 iaitu 15.6 inci Full HD IPS Panel. Untuk versi ini juga akan dijual pada akhir bulan August pada harga RM3,899 sahaja.

KATALAKI: Sumpah aku geram tengok ASUS ROG Mothership tu!

Last modified: 30 June 2019