Laptop Ke Desktop Ni?

Gadget, Tech

Asus Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan sebuah pengganti gaming laptop yang diberi nama Mothership (GZ700).  Mothership ni nampaknya mempunyai rekaan seperti Microsoft Surface tetapi lebih mengfokuskan kepada gaming.

Kalau korang tengok laptop gaming or normal laptop, biasanya ianya just sitting flat sahaja tetapi ROG Mothership ini boleh didirikan. Design ini juga bertindak untuk menarik lebih banyak angin kepada advance cooling system-nya.

Keyboard untuk ROG Mothership ini jugak boleh dicabut daripada body-nya dan jugak boleh dilipat bagi memberikan lebih banyak ruang pada meja korang. Terdapat jugak empat front facing speaker yang dihala kepada pengguna dibahagian bawah screen ROG Mothership ni.

ROG Mothership ini jugak dilengkapi dengan GeForce RTX 2080 terbaru dan didatangkan dengan 8GB dedicated GDDR6 memory. Kalau korang tengok spec macam ni pun korang dah boleh tahu betapa power-nya Mothership ni bila korang guna untuk main game!

Untuk keyboard ROG Mothership ni, macam yang aku cakap ianya boleh dicabut dan dilipat, ikut koranglah nak guna macam mana. Terdapat magnetic contact pada bahagian keyboard so menyenangkan korang untuk cabut or sambung keyboard ni pada body Mothership.

Keyboard ni jugak boleh disambungkan menggunakan bluetooth ataupun boleh disambungkan menggunakan USB TypeC. Dekat bahagian keyboard ni jugak terdapat RGB backlight yang korang boleh customize warna dan effect dia. Kalau korang tengok dekat bahagian keyboard dia, memang nampak merecik gila wey!

ROG Mothership ini punya spec pun kalau korang tengok boleh tergoda jugalah iman. Untuk bahagian screen, Mothership ini hadir dengan 17.3 inci FullHD dengan refresh rate 144Hz. Ianya juga didatangkan dengan cip Intel Core i9.

Buat masa ni tiada lagi info berkenaan tarikh dan harga jualan untuk ROG Mothership ini. Kemungkinan besar ianya akan dikeluarkan pada suku pertama 2019. Aku rasa-rasalah harga dia mesti above RM9,000 keatas punya!

KATALAKI: Kalau pujuk bos suruh beli ROG Mothership ni ganti laptop sekarang agak-agak lepas tak? Hahaha!

Last modified: 7 January 2019