Laptop Kecik Lawan Macbook Pro?

Gadget, Tech

Asus hari ini telah melancarkan 3 laptop terbaru dibawah series ZenBook. 3 laptop tersebut adalah ZenBook 13, ZenBook 14 dan jugak ZenBook 15. Ketiga-tiga laptop ini katanya lebih kecik dan lagi power daripada Macbook Pro, Betul ke?

Well ZenBook terbaru ini merupakan satu-satunya ZenBook daripada Asus yang menggunakan four-sided frameless Nano Edge display dengan ultra slim bezels dan 95% screen-to-body ratio. Kalau korang tengok display panel dia memang ngam habislah!

Untuk ZenBook 13 dan ZenBook 14, ianya didatangkan dengan new number pad yang exclusive dan menarik yang mana number pad tersebut berada dekat touch pad. Bila korang touch icon yang terdapat pada kanan atas touch pad, satu LED number pad akan keluar dekat touch pad tersebut.

Tak dilupakan ketiga-tiga ZenBook ini dibina dengan 3D IR Camera untuk webcam yang membolehkan korang login menggunakan face login dengan Windows Hello walaupun korang berada dikawasan yang gelap.

Bercerita tentang spec, ketiga-tiga ZenBook laptop ini dibina dengan high performance components seperti 8th Gen Intel Core i7 quad-core CPU, NVIDIA GeForce GTX 1050 Max-Q GPU, 16GB RAM dan ultrafast PCIE SSD!

ZenBook terbaru dari Asus ini jugak mempunyai body yang tahan lasak bro sebab binaan untuk laptop ini kene dengan standard MILSTD810G military standard! Standard ni bukan senang-senang ujian dia bro. Ujian yang laptop ni kene hadap macam ujian cuaca, extreme altitudes dan juga humidity contohnya.

Kalau korang tengok dia punya design, spec and binaan dia ni, memang terliur jugaklah. Harga untuk ZenBook 13 harga bermula dari RM4,499 manakala untuk ZenBook 14 pulak dijual bermula pada harga RM4,399 dan akhir sekali ZenBook 15 pula dijual bermula pada harga RM6,099.

Ketiga-tiga ZenBook laptop ini akan mula dijual pada 10 Jan 2019 di kesemua kedai rasmi dan dealer rasmi Asus. So kalau korang nak try test bolehlah check out official store Asus yang berdekatan dengan korang. 

KATALAKI: Menarik gila Touch Pad siap ada LED Number Pad lagi, memang lawa giler lah!

Last modified: 10 January 2019