Laptop Terbaru Untuk Geng Content Creator!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, pihak Acer telah memperkenalkan beberapa siri laptop terbaru mereka yang mana mengfokuskan kepada golongan content creator yang dipanggil sebagai ConceptD. Pihak Acer menyatakan yang laptoplaptop ini diinspirasi daripada gaming laptop mereka terdahulu dan diperkemaskan bagi sesuai untuk golongan content creator.

Terdapat lima model terbaru yang diperkenalkan pada minggu ini iaitu ConceptD 3 Pro, ConceptD 5 Pro, ConceptD 7, ConceptD 7 Pro dan yang terakhir sekali adalah ConceptD 9 Pro. Laptop-laptop ini sangat sesuai untuk golongan photographer sehinggalah kepada golongan video editor.

CONCEPTD 3 PRO

Pertama sekali kita tengok pada laptop yang paling murah dan boleh dikatakan paling nipis untuk siri ConceptD ini iaitu ConceptD 3 Pro. Laptop ini mempunyai ketebalan 23.4mm dan screen yang bersaiz 15.6 inci dengan Full HD display.

Laptop ini akan menggunakan Intel-Core i7-9750H CPU, 16GB DDR4 RAM dan storage SSD sebesar 512GB. Tak dilupakan ia juga akan didatangkan dengan NVIDIA Quadro T1000 graphic card. Harga jualan untuk Acer ConceptD 3 Pro ini bermula dari RM5,999.

CONCEPTD 5 PRO

ConcerpD 5 Pro sama seperti ConceptD 3 Pro yang mana dilengkapi dengan Intel-Core i7-9750H CPU, 16GB DDR4 RAM dan storage SSD sebesar 512GB. Terdapat dua screen saiz yang boleh korang pilih mengikut selera korang.

Korang boleh pilih sama ada nak screen yang bersaiz 17.3 inci ataupun 15.6 inci. Kedua-dua screen ini mempunyai Ultra HD Resolution. Bagi bahagian graphic card juga terdapat dua pilihan yang korang boleh pilih iaitu NVIDIA Quadro RTX 3,000 dan juga NVIDIA Quadro T1000. ConceptD 5 Pro akan dijual pada harga bermula RM6,999.

CONCEPTD 7 & 7 PRO

Bagi ConceptD 7 dan juga ConceptD 7 Pro ia amat sesuai bagi mereka yang mahukan laptop yang nipis tapi masih mempunyai kuasa yang lebih berbanding dengan ConceptD 3 Pro dan ConceptD 5 Pro. Kedua-dua laptop ini dilengkapi dengan Intel Core i7-9750H CPU, 16GB DDR4 RAM dan storage SSD sebesar 512GB.

Untuk ConceptD 7 ia akan dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 2060 graphic card dan untuk ConceptD 7 Pro pula korang boleh pilih antara NVIDIA Quadro RTX 5000 ataupun NVIDIA Quadro RTX 3000. Kedua-dua laptop ini mempunyai screen sebesar 15.6 inci dengan Ultra HD resolution. Harga untuk ConceptD 7 bermula pada RM9,999 manakala untuk ConceptD 7 Pro pula berharga RM8,699 untuk versi NVIDIA Quadro RTX 3000 manakala untuk versi NVIDIA Quadro RTX 5000 pula dijual pada harga RM12,999.

CONCEPTD 9 PRO

Sekali pandang laptop ConceptD 9 Pro ini, mesti korang akan teringat dekat laptop gaming yang pernah dikeluarkan oleh Acer iaitu Predator Triton 900. Laptop ini sememangnya mengambil inspirasi daripada gaming laptop tersebut siap dengan screen yang unik!

Laptop ini dilengkapi dengan Intel Core i7-9750H dengan 32GB DDR4 RAM dan storage SSD sebesar 1TB. Ia mempunyai screen sebesar 17.3 inci dengan Ultra HD display. Bagi graphic card pula ia menggunakan NVIDIA Quadro RTX 5000. Harga untuk ConceptD 9 Pro ini bermula daripada RM18,999!

KATALAKI: ConceptD 9 Pro nampak menarik tapi duit tak berapa nak tebal bro huhuhuhu….

Last modified: 31 October 2019