Laptop Untuk Budak Sekolah?

Gadget, Tech

Baru-baru ini pihak Acer telah mengeluarkan dua laptop terbaru mereka yang mana mengfokuskan kepada pelajar sekolah. Laptop yang diberi nama Acer Chromebook Spin 512 dan Acer Chromebook 512 ini cuma bersaiz 12 inci dan menampilkan 3:2 aspect ratio display yang lebih kurang sebesar buku.

Chromebook 512

Display Acer Chromebook Spin 512 mampu dibuka sehingga 360 darjah membolehkan pelajar menggunakan laptop ini dalam 4 mode iaitu Clamshell, Tablet, Display dan Tent. Laptop ini juga disertakan Wacom electromagnetic resonance (EMR) Stylus untuk memudahkan pelajar menulis nota dan melukis pada laptop ini.

Chromebook Spin 512 (Clamshell Mode)

Bagi laptop Acer Chromebook 512 pula ianya lebih kepada rekaan laptop traditional dengan menampilkan feature touch dan nontouch option untuk displaynya. Chromebook 512 dan Chromebook Spin 512 juga menampilkan ciri-ciri durable dengan Gorilla Glass display dan childfriendly keyboard.

PERFORMANCE

Laptop terbaru Acer ini mempunyai processor quadcore Intel Pentium Silver N5000 ataupun quadcore Intel Celeron N4100 memberikan fast boot time kepada pelajar dan mereka boleh menggunakan kurang power tapi masih memberikan performance yang masih laju.

Chromebook 512

Acer Chromebook Spin 512 mempunyai 8MP facing webcam pada permukaan atasnya dan bila menggunakan Clamshell mode, terdapat satu lagi kamera bersaiz 5MP jadi pelajar boleh capture high quality image dan video untuk project sekolah mereka.

Battery untuk kedua-dua laptop ini mampu bertahan sehingga 12 jam jadi ianya mencukupi untuk penggunaan biasa para pelajar bila berada di sekolah. Buat masa ini, Acer Chromebook 512 dan Acer Chromebook Spin 512 cuma akan dikeluarkan di quarters kedua di North America.

Chromebook Spin 512 (Tent Mode)

Buat masa ini tiada info sama ada laptop ini akan dikeluarkan di negara lain dan berapa harga bagi setiap laptop terbaru daripada Acer ini. Kalau keluar dekat Malaysia kemungkinan besar harga dia adalah diantara RM1,500 – RM1,600+ untuk Acer Chromebook 512 dan RM1,800 – RM2,000 untuk Chromebook Spin 512 dan kemungkinan akan masuk ke Malaysia pada quarters ketiga ataupun pada akhir tahun ini.

KATALAKI: Kementerian pendidikan ada kata tempoh hari nak bagi pelajar sekolah di Malaysia menggunakan laptop kan?

Last modified: 24 January 2019