Laser Projector Terkecil Daripada Epson Diperkenalkan!

Gadget, Tech

Hari ini pihak Epson, yang terkenal dengan product seperti printer dan projector telah memperkenalkan dua projector terbaru mereka iaitu Epson EF-100B dan jugak Espson EF-100W. Epson berkata ini merupakan 3LCD Laser Projector terkecil yang pernah dikeluarkan oleh mereka.

Kedua-dua projector ini mempunyai rekaan yang agak sleek dan dikatakan mampu untuk memancarkan gambaran yang jelas disetiap sudut rumah. Kalau korang kaki tengok movie or layan Netflix dekat rumah, maybe korang akan berminat dengan projector yang diperkenalkan oleh Epson ini.

Projector ini dikatakan mampu memancarkan gambaran sebesar 150 inci yang mana merupakan satu inovasi yang menggabungkan large screen viewing dan kemudahan untuk membawanya ke mana sahaja tanpa perlu bersusah payah. Ia juga dikatakan mempunyai potensi untuk menggantikan projector yang ada dirumah rakyat Malaysia sekarang.

Dengan design yang minimalist, projector terbaru daripada Epson ini akan didatangkan dengan dua warna iaitu Tailored Black (EF-100B) dan juga Classy White (EF-100W). Projector ini juga sangat kompak dan ringan yang mana saiz dia hanya sebesar 23cm dan hanya seberat 2.7kg sahaja.

Projector ini juga mempunyai kelebihan untuk memancarkan imej sehinggah 360 darjah. Dengan kelebihan ini, korang bukan sahaja boleh pancarkan imej pada dinding ketika korang dekat ruang tamu tapi korang juga boleh pancarkan imej pada ceiling ketika korang sedang baring dalam bilik!

Walaupun pada kawasan yang terang, projector ini tetap boleh memancarkan imej yang terang dan vibrant. Jadi korang tak perlu lagi nak tutup lampu ataupun tutup langsir bila korang perlukan keadaannya yang gelap untuk menggunakan projector. Memang senanglah nak gunakan projector terbaru daripada Epson ini.

Projector ini juga sangat mudah untuk set-up tanpa perlukan installation yang menyusahkan dan memeningkan kepala. Ia juga dikatakan mempunyai daya tahan yang lama dan boleh digunakan sehingga lima tahun. Bagi korang yang berminat, projector ini akan dijual pada harga RM3,999.

KATALAKI: Kalau korang nak bagi aku hadiah kahwin nanti bolehlah bagi projector ni. Boleh aku tengok movie dengan wife dekat bilik tidur hahaha!

Last modified: 28 August 2019