Lasso: Cubaan FB Untuk Sailang TikTok

Tech

Baru-baru ini Facebook telah mengeluarkan aplikasi terbaru yang dipanggil sebagai LASSO. Aplikasi yang nampak seakan-akan seperti TikTok ini membolehkan pengguna membuat video pendek seperti video nyanyian ataupun lip-syncing kepada lagu-lagu popular.

Facebook telah melancarkan aplikasi ini secara senyap tanpa sebarang official statement tentang kewujudan aplikasi ini. Satu-satunya info yang kitorang dapat tentang aplikasi Lasso ini adalah dari Bowen Pan, Product Manager aplikasi Lasso itu sendiri di Twitter.


Pasti ramai yang sudah tahu tentang Aplikasi TikTok yang semakin popular dikalangan remaja di Malaysia sekarang. Aplikasi ini juga telah bergabung dengan satu lagi aplikasi yang mempunyai fungsi yang sama iaitu Musical.ly baru-baru ini.

Nampaknya ini adalah salah satu rancangan Facebook untuk menarik kembali golongan-golongan remaja ke Facebook. Dengan wujudnya aplikasi seperti TikTok, ramai remaja yang telah mula meninggalkan Facebook dan mula menggunakan TikTok.

Buat masa ini Lasso cuma boleh terdapat di US sahaja. Untuk negara Asia nampaknya masih belum ada lagi di Play Store mahupun di App Store.

Mampukah Lasso mengalahkan TikTok yang dah berada di pasaran sejak 2016 lagi? Tidak dilupakan juga Vine 2.0 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi yang menggunakan nama baru iaitu Byte.

Vine 2.0 yang bakal dilancarkan dengan nama baru, Byte:



KATALAKI:  Lepas ni lagi banyaklah video-video cringe yang korang akan nampak upload di media sosial hahaha!

Last modified: 19 November 2018