Latar Belakang Kepercayaan Bumi Flat

Sembang

Sekarang ni tengah kecoh pasal teori yang mengatakan bumi bukan berbentuk sfera. Fenomena kepercayaan bumi berbentuk flat atau rata ni sebenarnya bukan ada kat Malaysia je. Tahun 2019 ni je baru muncul kat Malaysia. Manusia yang mengamalkan kepercayaan bumi ni flat juga dikenali sebagai Flat Earther.

Menurut kepercayaan Flat Earther, bumi berbentuk rata seakan-akan bentuk disc dan dikelilingi oleh ais. Dorang juga mempertikaikan kalau betul bumi berbentuk sfera, kenapa bangunan tinggi tak jatuh bila bumi berputar dan kenapa air laut masih kekal di bumi dan tak tumpah ke angkasa?

Flat Earther juga percaya yang kedudukan bumi ialah statik bukan berputar. Menurut dorang, kalau bumi berputar, mesti manusia kat bumi boleh rasa impak kelajuan masa bumi tengah berputar. Satu lagi teori kepercayaan Flat Earther ialah graviti tak wujud pun kat dunia ni. Manusia boleh berdiri kat atas tanah disebabkan keadaan bumi yang rata. Flat Eather juga mempersoalkan kalau betul graviti tu wujud, kenapa belon dan burung boleh terbang di udara? Payah betul nak jawab soalan-soalan dorang ni.

Angkasawan sulung negara kita, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang pernah jejakkan kaki di angkasa lepas pun ada kongsikan macam mana pengalamannya berada kat sana dan sahkan yang bumi memang berbentuk sfera.

Masa zaman sekolah dulu pun kita dah diajar secara logik, kalau kapal kat laut, kita akan nampak bahagian kapal paling atas dulu baru nampak keseluruhan bahagian kapal. Macam tu juga dengan matahari terbit dan matahari terbenam.

Kalau kita baca atau tengok pasal Flat Earther ni, takde pun lagi bukti yang kukuh dorang boleh tunjukkan yang bumi kita ni flat. Dorang lebih banyak mempertikaikan dan mempersoalkan pasal kebenaran bumi berbentuk sfera.

KATALAKI: Betapa berpecah-belahnya manusia sekarang ni, bentuk bumi pun boleh jadi isu debat.

Last modified: 10 May 2019