Kalau korang memang jenis makan, tidur, mandi, dating, tidur balik pun dengan bola sepak, gila bola lah senang cerita, mesti korang ada follow salah satu akaun sosial media yang buat liputan pasal bola sepak dunia, @brfootball.
View this post on Instagram
Pada tahun 2018, @brfootball ada keluarkan siri drama kartun, The Champions yang menunjukkan kehidupan pemain bola sepak ternama di dunia yang sebenar. Tapi korang kena faham yang drama kartun rekaan je semata-mata. Tu yang memang ada unsur sarkastik dalam drama kartun ni. Huhuhu.

Image Via : YouTube
Kami dah layan drama kartun The Champions ni sejak daripada episod satu, musim yang pertama, memang lawak gila weh. Sekarang ni dah masuk musim ke-2. Kalau korang memang peminat bola sepak, sehari kalau tak tengok benda yang berkaitan dengan bola sepak tangan boleh gigil, ni lah drama kartun yang korang kena tengok.

Image Via : YouTube
Setiap episod yang ditayangkan, mesti ada kena-mengena dengan apa yang jadi di dunia realiti pasal pemain bola sepak yang ada dalam The Champions ni. Tu yang boleh buat korang gelak berguling kadang-kadang sebab dengan selambanya dorang jadikan pemain bola ternama sebagai bahan lawak.

Image Via : YouTube
Ni antara respons orang ramai yang dah layan drama kartun The Champions. Views pun cecah 2 juta setiap episod. Power.
This show is the best thing to ever happen…
— Ignite-HD (@hd_ignite) May 13, 2019
Whoever does b/r graphics is a genius.. 😂
— TiwaTope (@TiwaOG) September 18, 2018
This is just brilliant 😂
— Alex Caiafa (@acaiafa23) November 20, 2018

Image Via : YouTube
Kalau korang nak layan The Champions, boleh je tengok kat Instagram @brfootball. Tapi kalau nak senang, tengok kat YouTube pun boleh. Semua episod ada, dah siap tersusun. Enjoy!