Lawan Alien Dengan Menari?

Sembang

Baru-baru ini, terdapat ura-ura yang menyatakan sebuah lagi movie berdasarkan video game bakal diterbitkan. Sebelum ini kita dah banyak kali tengok movie seperti ini dan selalunya moviemovie seperti ini mesti akan flop dan mendapat kritikan negatif dari peminat.

Tetapi nampaknya ini tidak menghalang Konami dan Branded Picture Entertaiment untuk menghasilkan satu lagi movie berdasarkan permainan video.

Movie yang diperkatakan adalah movie yang diadaptasi dari permainan video Dance Dance Revolution. Kalau korang tengah pelik, jangan risau sebab kitorang pun still pelik lagi bila dengar berita macam ni.

Bagi yang tak tahu, game Dance Dance Revolution adalah sebuah permainan tarian yang mana pemain perlu memijak pad berwarna mengikut warna dan icon didalam screen.

Permainan yang popular di awal tahun 2004 ni biasa korang tengok orang main di shopping mall. Paling popular dulu dekat Times Square yang mana kita dapat lihat ramai giler orang beratur nak tunggu turn sebab nak main game ni.

Menurut apa yang dilaporkan oleh Deadline, Filem ini berkisahkan bumi yang bakal diserang oleh alien. Untuk memastikan bumi selamat, Game DDR akan digunakan untuk menyerang balas serangan alien tersebut  dengan mengunakan kuasa tarian.

Ini baru ura-ura sahaja. Jadi atau tidak movie ini dihasilkan kita kenalah tunggu sampai official trailer dia keluar. Entah macam manalah hasil dia nanti.

KATALAKI: Jangan lupa yang Megaman pun bakal diadaptasi sebagai movie!

Last modified: 26 November 2018