League Of Legends Versi Mobile Confirm!

Game, Tech

Baru-baru ini pihak Riot Games telah mengumumkan yang mereka akan membawa permainan video League of Legends ke Android, IOS dan juga console pada tahun 2020. Permainan legend ini akan menggunakan nama baru iaitu League of Legends: Wild Rift.

Berita tentang permainan video ini telah mula diperkatakan sejak awal tahun lagi dan ramai peminat yang menunggu dengan setia untuk bermain permainan video ini pada smartphone mereka. Walaupun permainan video ini menyerupai League of Legends yang pernah dikeluarkan untuk PC, pihak Riot Games berkata yang mereka terpaksa membina semula permainan video ini untuk dikeluarkan pada mobile dan disebabkan itu mereka mengambil masa yang lama untuk mengumumkan tentang permainan video ini.

Sama seperti versi PC, League of Legends: Wild Rift ini mempunyai gameplay yang sama dan beberapa penambahan lain. Contohnya pemain akan mendapat gameplay yang lebih pantas dan mempunyai features thumb-friendly control scheme yang direka untuk mobile platform.

Pihak Riot Games menyatakan apabila permainan video League of Legends: Wild Rift ini dilancarkan nanti, ia akan menampilkan 40 watak yang sedia ada seperti versi PC dan akan menambah beberapa watak baru yang lain pada masa akan datang.

Riot Games turut memberitahu yang pemainan video League of Legends: Wild Rift ini akan dilancarkan pada akhir tahun 2020 bersama-sama dengan console version. Permainan video ini adalah percuma dan pihak Riot Games turut berjanji yang pemain tidak perlu membelanjakan real money untuk membeli watak-watak dalam permainan video ini.

League of Legends: Wild Rift akan dikeluarkan dalam bentuk alpha dan beta terlebih dahulu bermula di China dalam beberapa bulan akan datang. Bagi korang yang berminat untuk mencuba permainan video League of Legends: Wild Rift ini, korang dah boleh preregister dekat Google Play dan korang juga akan dapat bonus rewards kalau korang berada di Southeast Asia, Taiwan, Hong Kong dan juga Macau.

KATALAKI: So tunggu apa lagi, pergi pre-registers sekarang bro!

Last modified: 21 October 2019