Legenda Jersi Nombor 7 Man Utd

Aktif, Bola

Jersi nombor 7 merupakan salah satu nombor yang paling diberi keutamaan dan dipandang tinggi oleh pemain, pengurusan dan peminat bola sepak. Selain daripada nombor 7, jersi bernombor 10, 11, 8, dan 9 juga merupakan nombor jersi yang melambangkan kehebataan seorang pemain bola sepak.

Image Via : manutd.com

Kali ni kita nak tengok balik, pemain legenda yang pernah menggunakan jersi nombor 7 dan pernah berbakti kepada pasukan Manchester United. Yang pakai jersi nombor 7 tapi macam takde fungsi dalam pasukan pun kami sertakan sekali kat bawah sekali. Jom kita tengok!

George Best (1963-1974)

Image Via : gq-magazine.co.uk

George Best merupakan pemain yang lahir daripada akademi Man Utd dan seterusnya menjadi legenda di Man Utd sehingga puncak karier bola sepaknya. George Best pernah menang 5 piala bersama dengan Man Utd.

Image Via : pinterest.com

Jersi nombor 7 bukan lah satu-satunya nombor yang pernah dipakai oleh George Best. Zaman bola sepak pada masa dahulu, nombor jersi diberikan mengikut posisi pemain tersebut. George Best pernah beraksi sebagai pemain sayap kiri jersi bernombor 11, penyerang kiri jersi bernombor 8, penyerang kanan jersi bernombor 10, penyerang tengah bernombor 9 dan pemain sayap kanan dengan jersi nombor 7.

Eric Cantona (1992-1997)

Image Via : manutd.com

Satu-satunya pemain yang menggunakan jersi nombor 7 siap tegakkan collar baju. Dengan tubuh yang sasa dan hati panas baran, Eric Cantona juga merupakan pemain Man Utd yang selalu mencetuskan kontroversi di dalam padang. Eric Cantona siap pernah tendang dan tumbuk penonton di stadium.

Sebelum menggunakan jersi nombor 7, Eric Cantona pernah gak menggunakan jersi nombor 10 dan 12. Semenjak tahun 1993, Eric Cantona menggunakan jersi nombor 7 sehingga tamat karier bola sepak di Man Utd. Eric Cantona pernah menang 11 piala bersama Man Utd.

David Beckham (1992-2003)

Image Via : buzz.ie

Selain daripada jersi nombor 7, David Beckham mula bermain di Man Utd dengan jersi bernombor 15, 14, 24 dan 10. David Beckham mula gunakan jersi nombor 7 pada tahun 1997 selepas Eric Cantona tinggalkan Man Utd dan Teddy Sheringham yang baru tiba di Man Utd. Teddy Sheringham diberikan jersi nombor 10 dan David Beckham menggunakan jersi nombor 7 sehingga berpindah ke Real Madrid pada tahun 2003.

Image Via : thenational.ae

David Beckham merupakan pemain England pertama yang berjaya menang kejuaraan liga di 4 negara yang berbeza antaranya England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis. David Beckham pernah menang 14 piala bersama Man Utd.

Cristiano Ronaldo (2003-2009)

Image Via : 101greatgoals.com

Majoriti penyokong Man Utd bersetuju yang Cristiano Ronaldo merupakan pemain Man Utd terakhir yang layak dan berwibawa untuk menggunakan jersi nombor 7. Hanya satu nombor je yang pernah digunakan oleh Cristiano Ronaldo di Man Utd iaitu nombor 7.

Image Via : skysports.com

Kali pertama Cristiano Ronaldo diturunkan oleh Sir Alex Ferguson sebagai pemain Man Utd pada tahun 2003, Cristiano Ronaldo dah diberikan jersi nombor 7. Sepanjang beraksi bersama Man Utd, Cristiano Ronaldo berjaya menang 10 piala selama 6 musim.

Pemain Jersi Nombor 7 Yang Tak Berfungsi

Memphis Depay

Image Via : 101greatgoals.com

Antonio Valencia

Image Via : pinterest.cl

Angel Di Maria

Image Via : sportsjoe.ie

Michael Owen

Image Via : pinterest.com

Alexis Sanchez

Image Via : joe.co.uk

KATALAKI: Korang kalau main bola kat padang atau futsal pun mesti berebut nak pakai jersi nombor 7 kan. Padahal main tak seberapa pun. Huhuhu

Last modified: 8 June 2019