Lelaki 5 Kepala Kaki Trick Shot

Sembang

Kalau korang pernah tengok video-video yang menunjukkan aksi trick shot, mesti akan rasa kagum dan terfikir macam mana dorang boleh buat trick shot sampai macam ni sekali, betul?

Terma trick shot mula digunakan dalam sukan pool atau snooker, bila seorang pemain tu melakukan satu gerakan atau shot yang memang tak masuk akal dan memerlukan skill yang tinggi.

Sama ada korang dah kenal atau pun belum, Dude Perfect yang dianggotai oleh 5 orang lelaki, menggunakan trick shot sebagai tarikan di media sosial dan kini semakin mula dikenali ramai. Kadang-kadang memang macam tak logik gak trick shot yang dorang buat. Setakat ni dah ada lebih daripada 9 juta pengikut kat Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dude Perfect (@dudeperfect) on

Kalau nak lagi best, korang kena tengok video dorang kat YouTube sebenarnya. Dorang akan tunjukkan trick shot yang dorang buat dan juga di sebalik tabir macam mana sesuatu trick shot tu dibuat. Trick shot yang berjaya dorang tunjuk dan yang tak berjaya pun dorang tunjuk gak.

Image Via : YouTube

Dorang pun manusia biasa gak. Dude Perfect ni akan berlatih banyak kali dulu sampai trick shot yang nak dilakukan tu berjaya dibuat. Apa yang kita tengok kat Instagram dan YouTube tu dorang dah siapkan cantik-cantik untuk tontonan orang ramai. Macam mana payahnya nak buat trick shot tu, dorang je yang tahu.

Selain daripada trick shot yang biasa, dorang ada buat gak domino trick shot yang memerlukan pengiraan formula untuk membolehkan domino trick shot berjaya sampai ke hujung. Rasanya ni trick shot yang paling payah untuk dibuat. Kalau salah kiraan formula, memang tak jadi la cerita dia.

Kalau tak nak terlepas aksi trick shot dorang, apa lagi tunggu tu, sila lah follow dorang kat Instagram, Twitter dan YouTube okeh! Layan gak kalau tengok video trick shot ni. Bawah ni video trick shot yang pertama kali dorang tunjukkan kat YouTube pada tahun 2009.

KATALAKI: Dude Perfect bermula kat belakang rumah je, sekarang ni dah siap ada gudang sendiri.

Last modified: 24 June 2019