Lelaki-lelaki Paling Kaya Gila Di Dunia

Sembang

Kekayaan wang ringgit sememangnya dikejar oleh setiap lelaki. Mengejar kekayaan bukannya sebab nak shopping dan enjoy je. Mempunyai keadaan wang ringgit yang stabil juga bertujuan untuk kegunaan masa depan, contohnya untuk menyediakan pendidikan yang baik untuk anak-anak, memudahkan si isteri yang memerlukan keperluan harian untuk maintain hot dan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga. Senang cerita kekayaan seorang lelaki ialah untuk kesenangan keluarga tercinta.

Kali ni jom kita tengok antara senarai lelaki terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes pada Mac 2018. Ada yang bermula dari garaj kereta je! Ini lah dia lelaki-lelaki yang boleh menjadi pencetus semangat untuk anda lebih berusaha menjadi seorang lelaki berjaya. Ayuh!

5. Mark Zuckerberg

Sumber Gambar : Getty Images

Dikenali sebagai CEO Facebook, Mark Zuckerberg dapat idea untuk buat Facebook pada tahun 2004 dekat dorm Universiti Harvard bersama dengan roommate Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes masa dorang masih belajar kat sana.

Masa tu Mark Zuckerberg baru berumur 19 tahun dan tak habis pun belajar dekat Universiti Harvard. Pada Mac 2018, nilai kekayaan Mark Zuckerberg dianggarkan bernilai $71 Billion. Cer korang try convert dalam Ringgit Malaysia. Kini Mark Zuckerberg berumur 34 tahun dan masih mempunyai 17% perkongsian saham dalam Facebook.

4. Bernard Arnault

 

Nilai kekayaan businessman dari Perancis ni dianggarkan bernilai $72 Billion pada Mac 2018 dan memegang jawatan tertinggi dalam syarikat jenama terkemuka di dunia. Antaranya, Christian Dior, Louis Vuitton, Marc Jacobs, Sephora, Fendi, DKNY dan banyak lagi.

3. Warren Buffet

Sumber Gambar : Getty Images

Pelabur yang mempunyai nilai kekayaan sebanyak $84 Billion ni memiliki lebih daripada 60 syarikat antaranya syarikat insuran Geico, pengeluar bateri Duracell, rantaian restoran Dairy Queen dan banyak lagi lah. Warren Buffet juga aktif memberikan sebahagian daripada kekayaannya kepada kebajikan menerusi The Giving Pledge yang dilancarkan bersama kawannya, Bill Gates.

2. Bill Gates

Sumber Gambar : Getty Images

Sangat dikenali dengan Microsoft, Bill Gates kini hanya mempunyai 1% perkongsian dalam Microsoft tapi masih memegang jawatan sebagai board member di Microsoft. Antara projek-projek lain selepas Microsoft yang dijalankan oleh Bill Gates termasuk lah Bill and Melinda Gates Foundation dan The Giving Pledge. Nilai kekayaan Bill Gates dianggarkan bernilai $90 Billion.

1. Jeff Bezos

Sumber Gambar : Getty Images

Lelaki paling kaya di dunia ni memiliki 16% perkongsian saham di Amazon, syarikat e-commerce yang dicipta pada tahun 1994 dalam sebuah garaj di Seattle, US. Pada asalnya Amazon ialah kedai buku online, kemudian semakin membesar dan menjadi platform untuk menjual pelbagai produk dan servis. Pada August 2015, Jeff Bezos beli The Washington Post yang bernilai $250 Juta secara tunai! Mac 2018, nilai kekayaan Jeff Bezos bernilai $112 Billion.

KATALAKI: Takde alasan untuk tak nak berjaya. Paling penting berusaha!

Last modified: 9 November 2018