Lelaki Malas Iron Baju? Ada Caranya!

Life x Tips, Sembang

Kebanyakan lelaki memang malas nak iron baju terutama sekali t-shirt. Ada yang lagi rela keluar dengan baju berkedut daripada angkat seterika tu gosok kat baju jap bagi hilang kedut. Ada juga yang sanggup tunggu mak/kakak/adik iron baju dorang sebab nak selit sekali baju sendiri.

Sumber Gambar : www.commons.wikimedia.org

Untuk yang dah beristeri, untung la korang. Tapi kalau korang yang masih bujang atau isteri tercinta outstation, ni antara cara-cara lain untuk korang elakkan baju berkedut. Let’s go!

Guna Hair Dryer

Sumber Gambar : www.metro.news

Seterika pun malas nak usik, apatah lagi nak cari hair dryer kan? Tapi takpe, kalau korang yang lebih sukakan kelainan boleh gunakan cara ni.

Letak baju korang kat permukaan yang rata. Lepas tu halakan hair dryer yang dah on tu dekat tempat yang berkedut. Pergerakan tangan korang masa tu kena sama macam guna seterika, ke atas dan ke bawah. Jangan sampai baju terbakar lak!

Air Pancut Dalam Tandas

Sumber Gambar : www.hubpages.com

Kalau rumah korang ada water heater dalam tandas memang cantek! Boleh guna cara yang ni. Sambil korang mandi atau pun buka air pancut dengan suhu yang panas. Korang sidai baju tu dekat dengan steam yang keluar daripada air pancut tu. Jangan baju tu basah kuyup sudahhh. Make sure pintu dan tingkap dalam tandas tu ditutup.

Gulung Lepas Cuci

Sumber Gambar : www.mec.ca

Cara paling senang tapi jangan last minute baru nak buat. Lepas baju yang dah dibasuh tu kering, korang jangan lipat baju tu. Tapi gulung macam gambar kat bawah ni. Pastu baru simpan dalam almari. Ruang dalam almari pun jimat, baju tak kedut!

Sumber Gambar : www.experthometips.com

Kibas Baju Masa Sidai

Sumber Gambar : www.sites.psu.edu

Ni pun antara cara senang untuk bagi baju korang tak kedut. Lepas dah settle cuci baju tu, masa nak sidai bawah matahari kibas dulu 2 -3 kali. Tu pun kalau korang yang jenis sidai baju sendiri la kan.

KATALAKI: Kalau malas sangat gak hantar dobi je boskurr. Settle.

Last modified: 26 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *