Lelaki Minum Kencing – Siapa Bear Grylls?

Sembang

Lepas Netflix keluarkan filem interaktif pada tahun 2018, Black Mirror: Bandersnatch, kali ni yang terbaru, Netflix akan keluarkan siri dokumentari interaktif bersama Bear Grylls. Serius bro. Bear Grylls yang suka lakukan aktiviti lasak dalam semua dokumentarinya sebelum ni, kali ni Bear Grylls akan minta penonton yang tolong dia decide apa nak kena buat dalam situasi yang penuh cabaran.

Image Via : techradar.com

Siri dokumentari interaktif yang diberi nama You vs Wild ni nanti akan mula ditayangkan kat Netflix bermula 10 April 2019. Tapi sebelum kita layan You vs Wild ni nanti, korang dah kenal ke belum siapa Bear Grylls?

Image Via : polygon.com

Kali pertama Bear Grylls mula terjebak dengan penampilan di dalam TV ialah pada tahun 2002 untuk iklan deodorant jenama “Sure” di puncak gunung Everest.

Selain daripada dokumentari Man vs Wild yang kita dah biasa tengok tu, Bear Grylls pernah gak terlibat dengan bermacam-macam dokumentari lain yang berkonsepkan human survival antaranya, Escape to the Legion, Worst Case Scenario, Get Out Alive, Escape from Hell dan banyak lagi.

Escape to the Legion. Image Via : Pinterest

Escape from Hell. Image Via : bbcamerica.com

Sebelum terlibat dengan rancangan dokumentari kat TV, Bear Grylls pernah berkhidmat sebagai tentera British pada tahun 1994 sehingga 1997. Masa tengah berkhidmat sebagai tentera, Bear Grylls terlibat dalam latihan unarmed combat, perang di gurun yang panas, memanjat, parachute dan letupan.

Image Via : @CommandoTRG

Latihan Bear Grylls sebagai tentera British tamat selepas tragedi parachute Bear Grylls yang gagal berfungsi di udara dari ketinggian 16,000 kaki dan Bear Grylls jatuh ke tanah dengan kecederaan tulang belakang yang serius.

Image Via : keywordbasket.com

Tahun 2019 ni, Bear Grylls dah pun berumur 45 tahun, kalau korang tak tengok lagi trailer terbaru pasal dokumentari interaktif You vs Wild yang akan ditayangkan kat Netflix nanti, boleh tengok video kat bawah ni.

KATALAKI: Kalau korang pergi hiking atau masuk hutan pernah ke try apa yang Bear Grylls ajar?

Last modified: 2 April 2019