Lelaki Paling Popular Di YouTube “Just Got Married”

Sembang

Bintang ternama YouTube, Felix Kjellberg atau lebih dikenali sebagai PewDiePie dah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Marzia Bisognin pada 21 Ogos 2019. Perkahwinan dorang diadakan secara tertutup di London.

 

View this post on Instagram

 

We are married!!! I’m the happiest I can be ♥️ I’m so lucky to share my life with this amazing woman.

A post shared by PewDiePie (@pewdiepie) on

PewDiePie dan Marzia Bisognin berkenalan sejak tahun 2011, bertunang pada tahun 2018 dan secara sah mendirikan rumah tangga pada tahun 2019. PewDiePie berumur 30 tahun dan Marzia Bisognin berumur 27 tahun pada tahun 2019 ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PewDiePie (@pewdiepie) on

Setakat artikel ni ditulis pada 26 Ogos 2019, PewDiePie dah ada lebih daripada 100 Juta subscribers di YouTube. Bermula pada tahun 2010, Felix Kjellberg mencipta akaun YouTube yang diberi nama PewDiePie dan pada tahun 2012, YouTube channel PewDiePie berjaya mencecah 1 Juta subscribers. Video pertama yang dimuat naik di YouTube channel PewDiePie ialah video PewDiePie bermain permainan video Minecraft sambil diulas oleh PewDiePie sendiri.

Dah banyak gak kontroversi yang ada kena-mengena dengan PewDiePie. Yang terbaru, PewDiePie dan rekod label dari India iaitu T-Series, bertelagah sesama sendiri untuk menentukan YouTube channel siapa yang paling banyak subscibers.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PewDiePie (@pewdiepie) on

Sehingga melibatkan kes mahkamah, PewDiePie memuat naik dua diss track bertajuk “Bitch Lasagna” dan “Congratulations” yang ditujukan kepada T-Series. Dua video tersebut dihalang untuk ditonton di India sehingga kini. Buat masa ni, PewDiePie dan T-Series dah pun selesaikan kes ni di luar mahkamah.

Walaupun banyak kontroversi yang melibatkan PewDiePie dan YouTube pun turut sama tercalit, PewDiePie tetap kesayangan YouTube. Baru-baru ni YouTube ada post sesuatu yang istimewa untuk PewDiePie.

Untuk info, isteri kepada PewDiePie, Marzia Bisognin juga seorang bintang YouTube sejak tahun 2012 sehingga tahun 2018. Sekarang ni Marzia Bisognin dah berhenti daripada muat naik video di YouTube dan fokus kepada bidang fesyen.

KATALAKI: Semakin popular seseorang tu, semakin banyak la kontroversi yang tercalit dan terpalit.

Last modified: 26 August 2019