Bukan Sekadar Rupa: Lenglui Buat Bros Cair

Sembang

Masuk je bulan ke-2 setiap tahun, antara event yang paling happening untuk bulan Februari ni confirm la perayaan sambutan tahun baru Cina. Memandangkan Chinese New Year nak dekat dah ni, harini team Thelaki nak share ngan korang 5 lenglui yang dah berjaya membuatkan bro bangga. Bukan sahaja diorang ni cantik, tapi diorang ni juga berjaya dari segi karier yang diorang pilih. Bukan senang nak berjaya macam diorang ni. Jom usha top 5 list lenglui yang dah buat bro cair & menawan hati bro…

Elizabeth Tan

Pertama dalam list, memang tak sah la kalau kita tak letak Elizabeth Tan atau nama manja yang bro panggil, Lizzy. Karier Lizzy mula tercetus dengan video viral Lizzy menyanyikan lagu cover Joe Flizzow, “Havoc” dengan hanya mengunakan Ukulele je yang diupload di account Instagram Lizzy. Tapi tu bro sendiri kena mengaku, bro antara orang yang repeat video Instagram “Havoc” Lizzy tu. Karier Lizzy mula jadi serious bila station radio Fly FM, temukan Lizzy bersama pemilik lagu “Havoc”, Joe Flizzow. Tapi tu rancangan pagi “Ben & Hafiz” di Fly FM buat gimmick yang bro rasa antara paling best pernah terjadi sebab Lizzy sendiri terkejut dengan kehadiran Joe Flizzow sama-sama nyanyikan lagu “Havoc”. Video boleh usha kat bawah.

Selain daripada menyanyi, Lizzy jugak dah mula start berlakon. Nak ikutkan secara ni Lizzy dah ada 5 filem dibawah lakonan Lizzy. Selain filem, Lizzy jugak aktif berlakon drama TV.

Goh Liu Ying

Tipu la kalau korang layan game badminton bukan sebab nak tengok game je, tapi korang usha jugak pemain kebangsaan ni, Goh Liu Ying ni kan? Bermulakan latihan badminton seawal usia 10 tahun. Pada usianya 13 tahun, Goh Liu Ying menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil. Bro tak nak citer lebih pasal game yang Goh Liu Ying dah masuk sebab memang berlambak gila. Paling yang kita semua ingati bila Goh Liu Ying berjaya mendapatkan pingat perak untuk Malaysia di acara Sukan Olimpik Musim Panas 2016 yang berlangsung di Rio De Janeiro.

Bersama dengan pasangan beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon. Goh Liu Ying sentiasa di kedudukan top 10 dunia Badminton. Bersama dengan pasangan beregu campuran Goh Liu Ying & Chan Peng Soon berjaya di kedudukan world No. 3 sukan badminton.

Leona Chin

Macam tak percaya tapi ada juga amoi dalam sukan lumba Drift. Nama Leona Chin dalam arena Drift ni memang tidak asing lagi. Tanya la dak-dak drift, semua mesti kenal Leona Chin ni siapa. Bermula karier dalam sukan lumba Drift pada tahun 2006, Leona Chin boleh dikatakan atlet sukan permotoran profesional. Dengan minatnya yang mendalam tentang kereta dan jiwa kelajuan berjaya mendapatkan Leona Chin gelaran sebagai “The Drift Quen” dikalangan peminat sukan Drift. Apa yang buat bro kagum adalah Leona mampu mengungguli sukan yang didominasikan oleh kaum lelaki.

Yulina Tan Jade

Kalau Leona Chin tadi untuk sukan lumba drift. Kali ni bro nak kenalkan korang kat Yulina Tan Jade, “biker chick” kacukan Cina dan Jepun. Yulina Tan Jade mula berminat dalam permotoran pada usianya 19 tahun. Menurut sumber, Yulina suka luangkan masa dengan menaiki motor kapchai sebelum memiliki motor berkuasa besar Kawasaki 250cc.

Bunyi ekzos yang kuat dentuman jentera kuasa besar dibawa atas litar lumba ni dah kira sebati buat Yulina. Selain sukan permotoran, Yulina ni jugak merupakan part time model tau. Yang lagi best, Yulina ni boleh cakap bahasa melayu dengan fasih. Mana bro tak cair kan?

Le Josette

Dalam dunia gaming pulak, kita ada Le Josette. Bukan hanya cantik je, tapi Josette ni jugak berbakat dalam bidang cosplay. Tanya la mana-mana dak-dak yang suka layan streamer game, mesti diorang sukan layan Josette ni main DOTA. Dengan memiliki 67,000 followers di Facebook page, Josette sekarang ni tengah aktif stream sambil main Mobile Legend.

Bila time-time CNY ni bro rasa teringin pulak nak makan masakan cina yang halal. Maka dengan segala research yang bro dah buat, bro terjumpa satu promo murah. Dengan hanya RM61, kalau korang berminat, korang boleh dapatkan Chinese New Year Eve Buffet Dinner Halal untuk 1 orang. Jimat dalam 10% daripada harga asal tu bros! Kalau korang nak, korang boleh KLIK KAT SINI.

KATALAKI: Lizzy oh lizzy…

Last modified: 5 April 2019