Lenovo Nak Jual Lemang?

Gadget, Tech

Sekarang ini banyak jenama-jenama smartphone terutamanya jenama daripada China telah mengambil langkah untuk mengeluarkan subbrand smartphone mereka yang khusus kepada beberapa target market mereka.

Antara jenama smartphone yang mempunyai subbrand mereka sendiri adalah seperti Huawei yang mengeluarkan subbrand Honor, Oppo dengan Realme dan Xiaomi yang mengeluarkan Redmi dan POCO.

Dan nampaknya Lenovo juga akan mengeluarkan subbrand mereka sendiri dalam masa terdekat ini. Satu account Weibo telah muncul dengan nama Lemeng Mobile yang mana juga dikongsi oleh account rasmi Lenovo di aplikasi yang sama.

Yang lebih menguatkan yang ini kemungkinan account rasmi untuk subbrand Lenovo adalah ia juga merupakan sebahagian daripada Beijing Lenovo Group dan ini lebih mengesahkan yang Lemeng Mobile mungkin merupakan subbrand untuk Lenovo.

Minggu lepas, satu microblogging account untuk Lemeng Mobile telah membuat satu post yang menyatakan mereka akan mengadakan satu meeting di Lenovo Beijing headquarters bagi menentukan masa depan brand tersebut.

Sebenarnya Lemeng Mobile bukanlah jenama yang baru. Brand Lemeng Mobile sebenarnya telah wujud sebelum ini yang mana ia target kepada smartphone yang focus kepada music. Namun brand Lemeng Mobile telah pun ditutup beberapa tahun yang lepas dan nampaknya kemungkinan Lenovo akan menghidupkan kembali jenama ini.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan jika Lenovo akan mengeluarkan subbrand Lemeng Mobile ini dan mengfokuskan kepada benda yang sama iaitu music focus smartphone seperti smartphone yang terdahulu yang pernah dikeluarkan oleh Sony Ericsson.

 

KATALAKI: Dulu aku pernah pakai Sony Ericson W910. Harap Lemeng ni ikut design macam phone ni sebab lawa gila hahaha

SUMBER: GIZMOCHINA

Last modified: 20 February 2019