Lepas 4 Tahun Baru Update Instagram

Sembang, ZAP, ZeKool

Setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk mengendalikan dan mengamalkan penggunaan media sosial, terutama sekali Instagram. Ada yang terlalu rajin muat naik gambar atau video, ada yang jenis tak suka muat naik gambar atau video tapi terlalu rajin mengemaskini Instagram Story dan ada gak jenis yang tak muat naik apa-apa gambar atau video tapi bukan main lantang bersuara di ruang komen. Tak terkecuali, ada juga yang lebih rela memuat naik gambar atau video di Instagram, setahun sekali, dua tahun sekali atau mungkin tiga tahun sekali. Ini yang berlaku kepada salah sebuah ahli kumpulan muzik yang terkenal di Amerika Syarikat, dikenali sebagai One Direction.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by One Direction (@onedirection) on

Kalau korang antara salah seorang pengikut One Direction di Instagram, mesti korang dah perasan yang kali terakhir One Direction memuat naik gambar atau video di Instagram adalah pada 10 Mei 2016, sebelum memuat naik gambar terbaru pada 22 Julai 2020 untuk meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan One Direction, yang ditubuhkan sejak tahun 2010. Selama 4 tahun tunggu, lebih daripada 20 juta pengikut One Direction akhirnya dapat dengar khabar berita terbaru daripada boy band kesayangan.

 

View this post on Instagram

 

Tomorrow! You and me got a whole lot of history #10YearsOf1D

A post shared by One Direction (@onedirection) on

Perjalanan One Direction yang dianggotai oleh Niall Horan, Zayn Malik, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlinson bermula semasa masing-masing tak mengenali satu sama lain, menyertai ujibakat The X Factor pada tahun 2010. Malang sekali, masing-masing gagal untuk mara ke peringkat seterusnya sebagai peserta solo. Walau bagaimanapun, hasil idea daripada Nicole Scherzinger dan Simon Cowell yang merupakan juri untuk rancangan The X Factor, Niall Horan, Zayn Malik, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlinson digabungkan menjadi sebuah kumpulan muzik, menggunakan nama One Direction, bertanding sebagai peserta berkumpulan. Di peringkat akhir The X Factor, One Direction berjaya mendapat tempat ketiga, tewas kepada Rebecca Ferguson yang berada di tempat kedua dan Matt Cardle, dinobatkan sebagai juara.

 

View this post on Instagram

 

Where it all began #10YearsOf1D

A post shared by One Direction (@onedirection) on

Walaupun tak berjaya bergelar juara, perjalanan karier muzik One Direction masih lagi di landasan yang betul apabila semua ahli anggota One Direction termasuk lah nama One Direction, diambil oleh Simon Cowell untuk menandatangani kontrak bersama label muziknya, Syco Music dan mencetuskan fenomena baru kepada pencinta-pencinta muzik di kalangan remaja. Sepanjang diuruskan oleh Syco Music, One Direction pernah melahirkan 4 buah album studio yang bertajuk Up All Night (2011), Take Me Home (2012), Midnight Memories (2013) dan Four (2014) sebelum Zayn Malik mengumumkan secara rasmi meninggalkan One Direction pada tahun 2015.

Album terakhir One Direction, Made in the A.M. yang dipasarkan pada tahun 2015, merupakan satu-satunya album One Direction yang hanya dianggotai oleh 4 orang anggota asal One Direction, tanpa kelibat Zayn Malik. Pada 13 Disember 2015, One Direction mengejutkan dunia apabila muncul dalam rancangan The X Factor peringkat akhir, persembahan terakhir One Direction di atas pentas sebelum mengumumkan One Direction berhenti seketika daripada bidang muzik dan akhirnya semua ahli One Direction membawa haluan sendiri dalam karier muzik masing-masing

 

View this post on Instagram

 

A post shared by One Direction (@onedirection) on

KATALAKI: Bila One Direction dah tak lagi bersama, baru lah setiap ahli anggota One Direction semakin dikenali secara individu di seluruh dunia.

Last modified: 4 August 2020