Lepas 5 Tahun, CR7 Kembali Ke Old Trafford!

Aktif, Bola

Kali terakhir Cristiano Ronaldo atau CR7 bertembung dengan Manchester United F.C. di Old Trafford, CR7 masih lagi bersama Real Madrid C.F. pada tahun 2013. Masa tu Real Madrid berjaya kalahkan Manchester United dengan aggregate 3-2 dalam pusingan kalah mati UEFA Champions League.

5 tahun berlalu, CR7 pun dah pindah ke Juventus F.C. dan kali ni sekali lagi CR7 kembali lagi ke Old Trafford untuk perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League 2018/2019.

Jom kita throwback balik apa yang terjadi 5 tahun lepas, kali terakhir CR7 datang ke Old Trafford.

Sumber Gambar : www. foottheball.com

Sir Alex Ferguson Masih Big Boss Di Manchester United

Sumber Gambar : www.premierleague.com

 

Sumber Gambar : www.takefootball.com / jasper juinen / getty

Ibarat seorang bapa kepada CR7, Sir Alex telah pun berkhidmat selama 27 tahun dengan Manchester United dari tahun 1986 sampai penghujung musim 2013. Takde lagi manager lain yang boleh lawan kehebatan record Sir Alex bersama Manchester United dengan 13 kejuaraan Premier League dan 2 kejuaraan UEFA Champions League. Ada banyak lagi piala yang Sir Alex dah menang. Tak cukup nak tulis kat sini bro! Bulan Mei lepas, Sir Alex ada jalani pembedahan otak dan pada 22 September 2018, Sir Fergie datang ke Old Trafford saksikan match Manchester United buat kali pertama lepas sihat daripada pembedahan. Long live Sir Alex!

Jose Mourinho Masih The Special One Di Real Madrid

Sumber Gambar : www.goal.com

Sumber Gambar : www.goal.com

Berasal dari negara yang sama, Portugal, Jose Mourinho dan CR7 sempat bersama di Real Madrid selama 3 tahun. Gandingan Jose Mourinho dan CR7 semasa di Real Madrid berjaya menang 3 piala kejuaraan antaranya La Liga, Copa del Rey dan Spanish Super Cup.

Rio Ferdinand, Ryan Giggs Dan Robin Van Persie Masih Beraksi Bersama Manchester United

Sumber Gambar : Michael Regan/Getty Images

Sumber Gambar : www.standard.co.uk / getty

Sumber Gambar : www. liverpooloffside.sbnation.com / chris brunskill

5 tahun lepas, 3 pemain legend ni masih lagi beraksi untuk Manchester United. Korang ingat lagi tak antara aksi kekebalan Rio Ferdinand, hantaran jauh Ryan Giggs dan penyudah berbisa Robin Van Persie masa ni? Layan jap gif bawah ni.

Apple iPhone 5S dan 5C, iPhone Paling Canggih Masa Ni!

Sumber Gambar : www.techradar.com / apple

Sumber Gambar : www.macworld.com / apple

Masa ni korang yang ada iPhone 5S confirm tengah show off pasal Fingerprint ID yang pertama kali Apple lancarkan untuk koleksi smartphonenya kan?😂

September 2018, Apple release iPhone yang terbaru, iPhone XS dan XS Max dengan harga anggaran RM 4,000 – RM 7,000. Bapak ah!

 

KATALAKI : 5 tahun lepas korang dah jadi orang ke belum? Ke masih parti sampai pagi? 😂

Last modified: 25 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *