Selepas selesai kenduri Hari Raya Harimau Malaya kat Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Timor Leste untuk perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 hari tu, ramai yang masih tertanya-tanya, pasukan mana yang akan dipilih untuk menentang Harimau Malaya di pusingan kedua nanti?
Pusingan Kedua
Baru-baru ni, FIFA dah keluarkan ranking FIFA yang terkini lepas selesai perlawanan kelayakan pusingan pertama. Tahniah Harimau Malaya sebab berjaya memperbaiki kedudukan dan kini berada di kedudukan 159 dunia. Pelan-pelan kayuh. Sebelum ni Harimau Malaya di kedudukan 168 dunia.
Ranking Harimau Malaya | 14 Jun 2019
Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 159 dunia, berjaya melonjak naik sebanyak 9 tangga berbanding kedudukan 168 pada kemas kini terdahulu, 4 April 2019.#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/rjrjXOTaQ6
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2019
Untuk info, ranking FIFA tertinggi yang pernah dicapai oleh Harimau Malaya ialah di kedudukan 75 pada tahun 1993, tahun pertama ranking FIFA diperkenalkan.
2022 World Cup/2023 Asian Cup Joint Qualification Round 1 (2nd Leg) | Tuesday, 11 June 2019
Full Time
TIMOR-LESTE 1-5 MALAYSIA
Rufino Gama 72′; Shahrel Fikri 11′ 17′ 64′ Sumareh 37′ Akhyar 55′* Malaysia won 12-2 on aggregate & advance to Round 2#FAM #HarimauMalaya #RayaBola pic.twitter.com/OmO35WlJ6v
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2019
Perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 akan ditentukan pada 17 Julai 2019 nanti untuk menentukan 8 kumpulan yang disertai oleh 40 pasukan, 5 pasukan untuk setiap kumpulan.
It’s a *big* aggregate victory for @FAM_Malaysia as they head through to the next round of #WCQ at Timor-Leste’s expense https://t.co/HJ5HflcJJF
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 11, 2019
Antara nama-nama besar dalam bola sepak Asia yang dah tunggu dalam pusingan kedua nanti termasuklah Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia, Qatar, UAE, Arab Saudi dan China. Semua pasukan ternama ni berada dalam pot undian 1 dan Malaysia dalam pot undian 4 mengikut ranking FIFA yang terkini. Pada 17 Julai nanti baru kita boleh tahu Harimau Malaya akan masuk dalam kumpulan yang mana bersama dengan salah satu pasukan dalam pot 1.

Image Via : Wikipedia
Perlawanan pusingan kedua akan diadakan bermula 5 September 2019 sehingga 9 Jun 2020 melibatkan 10 perlawanan untuk setiap kumpulan.
KATALAKI: Betapa indahnya kalau Harimau Malaya berjaya layak ke Piala Dunia 2022. Wow.