Lepaskan Tahta Demi Berkahwin Dengan Orang Biasa!

Sembang

Cinta dua darjat. Biasa kita nampak benda ini dekat dalam filem ataupun cerita-cerita dekat TV sahaja tapi tahukah korang dekat Jepun, beberapa orang puteri daripada keluarga diraja Jepun terpaksa melepaskan title dorang sebagai puteri diraja Jepun hanya kerana dorang memilih untuk berkahwin dengan rakyat biasa.

Hari ini aku akan bercerita tentang dua puteri iaitu Princess Nori dan juga Princess Mako of Akishino. Mereka berdua terpaksa melepaskan title dorang sebagai ahli Imperial House of Japan ataupun kerabat Jepun disebabkan dorang memilih untuk berkahwin dengan rakyat biasa. Mereka terpaksa akur dengan keputusan ini kerana ianya sudah termaktub dalam Imperial Household Law.

Imperial Household Law ini telah diperkenalkan pada tahun 1947 yang mana didalamnya telah tertulis undang-undang bagi memastikan kaum kerabat Jepun mempunyai susur galur yang hanya mempunyai darah diraja Jepun.

Undang-undang ini juga dicipta bagi memastikan mereka yang bakal menaiki tahta untuk menjadi Raja Jepun pada masa akan datang mempunyai 100% darah keturunan diraja Jepun sahaja. Setakat hari ini, putera yang paling muda yang mungkin akan dinobatkan untuk menjadi Raja Jepun adalah Putera Hisahito yang kini berusia 13 tahun.

Berbalik kepada cerita Princess Nori dan Princess Mako of Akishino, bukan hanya mereka berdua sahaja yang memilih untuk berkahwin dengan rakyat biasa. Selain daripada mereka berdua, terdapat 7 lagi puteri diraja jepun yang memilih untuk berkahwin dengan rakyat biasa. Yang terbaru adalah Princess Ayako of Takamado yang mana telah berkahwin pada 29 Oktober 2018 dengan Kei Moriya, seorang rakyat biasa. Dia kini hanya dikenali sebagai Ayako Moriya.

Sayako, Princess Nori ataupun sekarang dikenali sebagai Sayako Kurado telah dilahirkan pada tahun 1969. Ayahnya adalah Akihito yang mana merupakan Emperor of Japan yang ke-125 dari tahun 1989 sehingga April 2019. Namun dia telah melepaskan tahtanya akibat masalah kesihatan. Kini tahta Emperor of Japan disandang oleh anak lelakinya iaitu Naruhito.

Pada 30 Disember 2004, Imperial Household Agency telah mengumumkan berita tentang pertunangan antara Princess Nori dengan Yoshiki Kuroda, seorang Urban Designer yang bekerja dengan Tokyo Metropolitan Government dan juga merupakan kawan karib Prince Akishino, abang kepada Princess Nori.

Mereka telah berkahwin pada 15 November 2015 yang berlangsung di Imperial Hotel, Tokyo. Dia telah melepaskan title sebagai Princess of Japan, official membership untuk Imperial Family dan juga elaun diraja. Pada usia 36 tahun, dia telah menjadi orang keenam yang lahir dalam keturunan diraja Jepun yang mengambil keputusan untuk melepaskan title yang dia pegang demi berkahwin dengan rakyat biasa.

Princess Mako of Akishino pula dilahirkan pada 23 Oktober 1991 dan merupakan anak sulung Prince Fumihito dan Princess Kiko. Dia merupakan anak buah kepada Emperor Naruhito dan cucu sulung bagi Emperor Emeritus Akihito dan Empress Emerita Michiko.

Dia mempunyai dua orang adik iaitu Princess Kako dan juga Prince Hisahito yang mana merupakan antara yang bakal menaiki tahta sebagai Emperor Jepun. Berbeza dengan Princess Nori, Princess Mako sangat terkenal dikalangan rakyat-rakyat Jepun.

Pada tahun 2017, dia telah mengikut jejak makciknya iaitu Princess Nori untuk berkahwin dengan rakyat biasa. Dia dikatakan bakal berkahwin dengan Kei Komuro, seorang graduan daripada International Christian University dan ini telah disahkan oleh Imperial Household Agency pada 3 September 2017.

Perkahwinan mereka berdua sepatutnya berlangsung pada 4 November 2018 namun terpaksa ditunda sehingga tahun 2020. Antara sebab perkahwinan ini terpaksa ditunda adalah kerana Kei Komuro dan keluarganya mempunyai masalah kewangan.

Buat masa ini, Princess Mako of Akishino masih lagi memegang title beliau sebagai Princess of Japan dan andaikata perkahwinan ini telah disahkan, dia akan menjadi ahli kesembilan yang melepaskan title beliau sebagai Princess of Japan demi berkahwin dengan rakyat biasa.

KATALAKI: Korang berani lepaskan harta dan pangkat demi cinta? cewahhhh!

Last modified: 8 November 2019