Level Bajet Time Puasa!

Collab, SuperDeals

SuperDeals

Bila nak memasuki bulan ramadan ni. Benda yang paling aku suka is confirm kita akan jimat duit, sebab apa? sebab time puasa la kita boleh kurang atau minimakan bajet untuk kita makan. Yelah, kalau hari-hari kita lunch bajet dalam RM10-20, bila time bulan Ramadan kita dah boleh cut bajet untuk lunch dan bawa bajet tersebut ke bajet dinner atau berbuka.

Kat sini harini aku nak share dengan korang level-level bajet time puasa untuk korang pertimbangkan. Boleh follow kalau korang nak try buat level-level ni, insyallah boleh jimat duit korang. Ayuh…

1. Level Masak Sendiri / Buka Kat Rumah

Ini contoh pertama yang korang boleh follow. Macam aku cakap tadi, bila time puasa, kita tak payah dah nak fikir nak makan apa waktu tengahari dan duit untuk makan lunch pun tak payah fikirkan betul tak? Nak nak kalau korang sejenis yang terrer memasak, lagi best, korang hanya perlu masak pada 2 waktu je. Time sahur dan time berbuka.

Time sahur tu tak payah masak sangat pun, ada sesetengah orang suka sahur air teh cicah roti dan kaya. Tapi kena ingat jugak, time sahur ni korang kena makan lebih banyak daripada berbuka sebab perlukan energy untuk seharian berpuasa. Time nak berbuka tu, masak lebih sikit ya, boleh recycle untuk sahur jugak kan?

2. Geng Bazaar!

Nombor 2 level bajet tak bajet la, tapi time bazaar ni banyak makanan-makanan yang rare. Kalau korang boleh jumpa port bazaar yang sedap dan murah, better korang lock terus. Tapi kena ingat, pastikan korang tak ter-over bajet pembelian bazaar Ramadan korang tau. Kalau sekali sekala termahal takpe, jangan sampai setiap hari pulak korang belanja mahal. Kawal nafsu gais!

3. Self Reward!

Yang ni aku rasa paling best, setelah berpenat berpuasa tu. Apa kata korang belanja diri korang pulak. Yela, dah saving time bulan puasa ni kan. Sometimes kena bagi hadiah kat diri sendiri. Memandangkan korang dah berjaya save sambil berpuasa. Korang boleh try buffet Ramadan. Kat sini confirm-confirm makan yang korang nak tu ada, dan boleh makan sebanyak mana yang boleh, tapi kena beringat, time mula je azan tu, jamah sikit makanan pastu terus lakukan solat Mahgrib. Dah settle solat, baru boleh hentak makan bro. Dan yang paling best tu, macam-macam juadah ada dengan harga yang sangat murah. Siap dapat diskaun boleh jimat 20% bro!

Kalau korang nak try, boleh dapatkan deal harga diskaun ni di SuperDeals. Eh jangan risau, harga ni bukan untuk seorang TAPI untuk 2 orang. So korang boleh la bawa awek, kekasih gelap, pakwe, makwe, BFF, sahabat atau saudara-mara pun boleh. Klik je KAT SINI.

Image via: Youtube.com

KATALAKI: Jimat kaw kaw, time raya nanti boleh beli baju raya baru boh!

SuperDeals

Last modified: 30 May 2019