Liverpool Belum Boleh Lawan Record Tanpa Kalah Jose Mourinho

Aktif, Bola

Masa artikel ni dikeluarkan, Liverpool masih lagi tidak berjaya ditewaskan selepas menang 0-2 ke atas West Ham pada 30 Januari 2020. Kemenangan ke-15 berturut-turut sejak seri dengan Manchester United di Old Trafford pada 20 Oktober 2019.

Buat masa ni, Liverpool perlu menang lagi 8 perlawanan untuk menyamai rekod tanpa kalah yang pernah dipegang oleh Arsenal pada tahun 2004, 49 perlawanan tanpa kalah. Masa tu, Arsene Wenger masih lagi bertugas sebagai pengurus Arsenal.

Selain tu gak, Liverpool memerlukan lagi 3 kemenangan untuk menyamai rekod kemenangan berturut-turut (longest winnning streak) yang pernah dicatat oleh Manchester City pada tahun 2017, menang 18 perlawanan Premier League berturut-turut. Semua rekod Liverpool nak pecahkan sekarang ni.

Tapi, ada satu rekod yang susah untuk Liverpool pecahkan namun tak mustahil, iaitu rekod yang masih lagi dipegang oleh Chelsea ketika Jose Mourinho masih lagi bertugas sebagai pengurus Chelsea, 86 perlawanan tanpa kalah di stadium sendiri (home games). Dalam tempoh tersebut, Jose Mourinho berjaya menang 2 piala Premier League bersama Chelsea.

Untuk memecahkan rekod tersebut, Liverpool perlu mengekalkan rekod tanpa kalah di Anfield sehingga tamat musim 2019/20, kekal tanpa kalah semua perlawanan di Anfield sepanjang musim 2020/21 dan kekal tanpa kalah di Anfield untuk 10 perlawanan pertama musim 2021/22. Panjang lagi perjalanan Liverpool untuk kalahkan rekod Jose Mourinho dan Chelsea ni.

Power sebenarnya Jose Mourinho ni. Tapi sebab terlalu lantang sangat bersuara, tu yang selalu kena bahan je. Pada November 2019, Jose Mourinho secara rasmi mengambil alih tugas Mauricio Pochettino sebagai pengurus baru Tottenham Hotspur. Mungkin dah tiba masanya untuk Tottenham Hotspur merasa menjulang piala di England selepas ketibaan Jose Mourinho? Kali terakhir Tottenham Hotspur merasa pegang piala kat bumi England adalah pada tahun 2008 selepas berjaya menang EFL Cup yang kini digelar Carabao Cup.

KATALAKI: Tak sabar nak tengok Jordan Henderson gigil kaki angkat piala Premier League.

Last modified: 30 January 2020