Liverpool & Everton Sebenarnya Adik-Beradik?

Aktif, Bola

Rasanya kebanyakan peminat sukan bola sepak mesti dah tahu yang musuh ketat Liverpool di England adalah Everton. Permusuhan dorang ni digelar sebagai “Merseyside Derby”, bertarung untuk menentukan bandar Liverpool berwarna merah atau biru. Korang tahu tak antara Liverpool dan Everton, kelab bola sepak mana satu yang lebih awal ditubuhkan?

 

View this post on Instagram

 

🚨 TRIVIA TIME 🚨 Which three Reds have exactly 7️⃣ @premierleague assists this season? πŸ€” #LFC #LiverpoolFC

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc) on

Permusuhan di antara Liverpool dan Everton bukan setakat nak membuktikan bandar Liverpool tu siapa punya atau menentukan bandar Liverpool berwarna merah atau biru, tapi kebencian yang tercetus dah pun bermula sejak Liverpool mula ditubuhkan pada tahun 1892.

Semuanya bermula selepas berlaku salah faham di antara lembaga pengarah Everton dan presiden Everton, John Houlding yang juga merupakan tuan tanah stadium Anfield. Everton ditubuhkan sejak tahun 1878, menggunakan stadium Anfield sebagai stadium rasmi sejak tahun 1884. Disebabkan salah faham yang berlaku, Everton bersetuju untuk keluar daripada Anfield dan berpindah ke Goodison Park dan menyebabkan John Houlding ditinggalkan bersama stadium Anfield yang kosong tanpa pasukan bola sepak.

Seterusnya, John Houlding menubuhkan sebuah kelab bola sepak yang baru diberi nama Everton Athletic pada tahun 1892 sebelum menukarkan nama kepada Liverpool FC dan berjaya diiktiraf oleh FA England sebagai sebuah kelab bola sepak.

Kali pertama Liverpool dan Everton bertemu dalam perlawanan bola sepak di England adalah pada tahun 1894 di Goodison Park. Everton dengan selesa berjaya membenam adiknya dengan keputusan jaringan 3-0. Permusuhan di antara penyokong Everton dan Liverpool semakin tegang apabila penyokong Everton menyalahkan Liverpool mengenai kejadian ngeri yang berlaku di stadium Heysel pada tahun 1985, yang menyebabkan kelab bola sepak England digantung daripada menyertai sebarang perlawanan peringkat Eropah.

Di zaman bola sepak moden ni, takde lagi pemain yang berani berpindah sama ada dari Liverpool ke Everton atau dari Everton ke Liverpool. Kali terakhir pernah berlaku adalah pada tahun 2002, Abel Xavier berpindah dari Everton ke Liverpool. Mungkin sebab Abel Xavier ni pemain bola sepak yang biasa-biasa je, takde sebarang kekecohan yang berlaku bila Abel Xavier berpindah untuk beraksi bersama musuh ketat Everton.

KATALAKI: Ada tak antara kawan-kawan korang yang sokong Everton?

Last modified: 28 March 2020