Lokasi² Paling Kerap Kena ‘Vandalism’ Di Dunia

Sembang

Salah satu perkara yang menjadikan sesebuah tempat menarik dan dapat mengambil perhatian ramai pengungjung adalah disebabkan keunikan yang ada pada tempat tersebut. Antaranya keuniknya adalah seperti terdirinya sebuah mural yang cantik ataupun sebuah tugu yang diletakkan khas sebagai tanda penghargaan ataupun tribute kepada seseorang atau suatu peristiwa yang berlaku.

Disebabkan adanya mural ataupun tugu-tugu ini, ianya juga sering mendapat perhatian daripada pengunjung yang ingin menyaksikan sendiri, tak kisah sama ada rakyat tempat mahupun pengungjung antarabangsa.

Landmarks yang disediakan ini juga sudah tentunya menjadi salah sebuah landmarks yang boleh dikatakan sebagai insta-worthy buat mereka yang sering meng-update aktiviti mereka di media sosial. Dimana-mana tempat, tentunya ada lokasi-lokasi ini untuk menarik para pelancong supaya mereka dapat meninggalkan kenangan yang manis.

Tetapi terdapat pula landmarks atau lokasi mercu tanda yang ingin menarik sebanyak boleh para pelancong dengar membenarkan pengungjung untuk meninggalkan kenangan mereka dalam bentuk vandalism.

Malah, salah satu sebab kenapa tempat-tempat tarikkan pelancong ini menjadi sangat popular juga adalah disebabkan vandalism yang terjadi. So jom kita usha tempat-tempat bersejarah yang selalunya diconteng atau dirosakkan dengan secara sengaja atau tidak sengaja di sekitar dunia.

CATACOMBES DE PARIS

Catacombs of Paris atau apa yang dinamakan rakyat Perancis sebagai Catacombes de Paris merupakan sebuah lokasi yang amat bersejarah di kota Paris, Perancis. Ianya merupakan lokasi bawah tanah penempatan tulang-tulang orang yang telah mati. Dikatakan ianya telah menyimpan jenazah sebanyak lebih enam juta orang Paris, dan ditempatkan di beberapa bahagian kecil binaan yang dijadikan sebagai terowong yang menyatukan kuari batu zaman kuno di Paris. Senang cerita tujuan asal tempat ini adalah sebagai tanah perkuburan lah.

Pada asalnya dijadikan sebagai usaha untuk menghapuskan tanah berkuburan yang semakin meluap-luap dan sesak. Namun lokasi underground ini sering kali dijadikan sebagai nightclub eksklusif. Ada yang melawat Catacombs of Paris ini untuk berparty dan ada juga yang ingin menunjukkan hasil bakat seni grafiti mereka mahupun yang sekadar conteng sesuka hati. Habis rosak lokasi bersejarah di kota Paris ni.

PATUNG LITTLE MERMAID

Den lille havfrue atau dikenali ramai sebagai The Little Mermaid Statue merupakan salah satu tarikkan pelancong yang berkunjung di Copenhagen, Denmark.

Patung berwarna gangsa yang berbentuk gambaran ikan duyung yang bertukar menjadi manusia ini adalah hasil karya seni Edvard Eriksen. Ukiran ini diletakkan di atas sebuah batu di tepi perairan persiaran Langelinie, ibu kota Copenhagen. Hasil ukiran ini telah ditempatkan secara rasminya pada 23 Ogos tahun 1913.

Selama 50 tahun, ukiran patung ikan duyung ini telah menerima pelbagai jenis lukisan grafiti, kerosakkan dan kotoran, selalunya mereka yang menconteng atau merosakkan patung bersejarah ini meninggalkan kenyataan atau remarks yang berbaur politik. Pada tahun 2004, terdapat protesters yang menyarungkan burka pada patung The Little Mermaid ini sebagai tanda menentang tindakan Turki bergabung dengan Kesatuan Eropah.

Pada tahun 2007 pula, pihak berkuasa Denmark telah dikatakan bercadang kemungkinan akan memindahkan patung ukiran The Little Mermaid ini ke pelabuhan yang berjauhan agar ianya selamat daripada mereka yang ingin menconteng atau merosakkan ukiran khas ini.

THE GIANT HAND

Lokasi landmark yang dikenali ramai sebagai The Giant Hand yang bertempat di Atacama Desert ini. Dikawasan gurun yang tandus seakan kawasan yang hancur musnah kelihatan seperti raksasa yang terkubur didalam tanah dengan menghulurkan tangan sebagai tanda bantuan.

Mano del Desierto merupakan nama buat ukiran tangan gergasi yang terdiri setinggi 36 kaki, ianya merupakan hasil karya Mario Irarrázabal, ianya terdiri secara rasminya pada tahun 1992. Karya-karya ukiran tangan gergasi Mario Irarrázabal seperti Mano del Desierto telah terpasang di beberapa tempat seperti di Madrid, Venice dan di Uruguay.

Lokasi yang sangat popular di Atacama Desert yang dapat menarik pelbagai pelancong dari serata dunia ini juga telah menjadi lokasi yang kerap dicontengkan oleh para pengunjung yang ingin meninggalkan “tanda” mereka dilokasi berseni ini. Namun ukiran ini akan selalu dicucikan oleh pihak berkuasa agarnya ianya sentiasa kelihatan bersih.

SHOE TREE

Apa yang pada mulanya menjadi salah satu tempat untuk melepaskan kegeraman yang berlaku pada beberapa tahun yang dahulu telah menjadi salah satu spot tarikkan pelancong di US 50, Nevada Amerika Syarikat.

Selepas bertahun-tahun, ramai para pengunjung yang datang dan meninggalkan kasut-kasut mereka yang disangkutkan pada dahan pokok yang bersaiz besar ini. Namun perkara yang paling ironiknya adalah pokok jenis cottonwood ini telah pun dipotong dan dimusnahkan oleh mereka yang melakukan vandalism.

FLAME OF LIBERTY

Place de I’Alma atau lebih dikenali sebagai Flame of Liberty terletak di kota Paris, Perancing, ianya adalah sebuah mercu tanda ataupun landmarks dibina sebagai tanda simbolik perhubungan persahabatan yang sihat antara dua negara, iaitu Perancis dan Amerika Syarikat.

Di Flame of Liberty ini terdirinya sebuah binaan daun emas dalam replica bentuk obor api Statue of Liberty dan secara tidak langsung juga menjadi tempat memorial yang tidak rasmi tribute buat kematian Princess Diana pada tahun 1997. Terdapatnya para peminat Princess Diana yang datang dari serata dunia yang menampalkan poster gambaran Princess Diana berserta sebuah nota-nota khas yang ditujukan buat puteri tercinta Wales. Ramai para pelancong yang mempercayai bahawa mercu tanda tersebut dibinakan khas sebagai sebagai tanda penghormatan buat Princess Diana.

KATALAKI: Daripada conteng kat hasil karya orang, baik buat karya sendiri, barulah seni!

Last modified: 22 July 2020