Lorenzo Pencen: Tak Cukup Umur Untuk Berlumba Sampai Jadi Juara Dunia

Aktif, Motorsports

Selepas 17 tahun terlibat dalam perlumbaan MotoGP sejak tahun 2002, Jorge Lorenzo akhirnya secara rasmi dah mengumumkan persaraan pada 15 November 2019 hari tu. Mula terlibat dalam MotoGP untuk kelas 125cc ketika berumur 15 tahun, Jorge Lorenzo dah pernah menang kejuaraan dunia sebanyak 5 kali, 2 kejuaraan dunia semasa di kelas 250cc dan 3 kejuaraan dunia semasa di kelas MotoGP.

Info menarik mengenai permulaan karier Jorge Lorenzo dalam perlumbaan MotoGP, pada tahun 2002 dalam kelas 125cc, Jorge Lorenzo terlepas untuk berlumba dalam 2 perlumbaan awal disebabkan masih belum cukup umur untuk beraksi dalam litar lumba profesional. Perlumbaan ke-3 di Litar Jerez, Sepanyol, baru lah Jorge Lorenzo layak untuk beraksi selepas menyambut hari jadi yang ke-15 tahun. Tahun 2019 ni, Jorge Lorenzo dah pun berumur 32 tahun.

 

View this post on Instagram

 

We remember you. We miss you. #LuisSalom #3years

A post shared by Jorge Lorenzo (@jorgelorenzo99) on

Pada tahun 2008, Jorge Lorenzo berpindah ke kelas MotoGP, bergandingan dengan Valentino Rossi bersama Fiat Yamaha Team. 9 tahun bersama dengan Yamaha, Jorge Lorenzo berjaya dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP sebanyak 3 kali pada tahun 2010, 2012 dan 2015. Masa ni la Jorge Lorenzo teruk dihentam dan dibenci oleh penyokong-penyokong Valentino Rossi disebabkan persaingan sengit antara dua pelumba ni untuk merebut kejuaraan dunia.

 

View this post on Instagram

 

#weekendindoha

A post shared by Jorge Lorenzo (@jorgelorenzo99) on

Pada tahun 2010, selepas Jorge Lorenzo berjaya menang kejuaraan dunia kali pertama dalam kelas MotoGP, tercetusnya perang antara dua pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi berebut untuk jadi first rider dalam pasukan Yamaha. Kesudahannya, pada tahun 2011, Valentino Rossi berpindah untuk bersama dengan Ducati dan Jorge Lorenzo kekal di Yamaha sebagai first rider.

 

View this post on Instagram

 

Feliz! El mejor final con @yamahamotogp! / Happy! The best ending with @yamahamotogp! #ValenciaGP

A post shared by Jorge Lorenzo (@jorgelorenzo99) on

Musim terakhir bersama dengan Yamaha pada tahun 2016, Jorge Lorenzo berjaya menamatkan saingan MotoGP di tempat ke-3, tewas kepada Marc Marquez yang berjaya menang kejuaraan dunia dalam kelas MotoGP untuk kali yang ke-3.

 

View this post on Instagram

 

Llega el final de mi etapa en Yamaha y voy a recordar los 5 momentos más especiales vividos juntos. El primero fue el primer Mundial que conseguí en MotoGP el 2010. Un momento único por el que tantos años llevaba luchando! Y para vosotros? Cuáles han sido los momentos más especiales? Coméntalos y compártelos en #ThanksYamaha! My time at Yamaha comes to an end and I want to remember the 5 most special moments we experienced together. The first was the first MotoGP World Championship achieved in 2010. A unique moment I had been fighting for so many years! And for you? Which have been the most special moments? Comment and share them in #ThanksYamaha

A post shared by Jorge Lorenzo (@jorgelorenzo99) on

Pada tahun 2017, Jorge Lorenzo berpindah ke pasukan Ducati, malang sekali tak berjaya menang apa-apa perlumbaan dan menamatkan saingan MotoGP di tempat ke-7, pencapaian terburuk Jorge Lorenzo sejak mula menunggang jentera MotoGP.

Tahun ke-2 bersama Ducati, Jorge Lorenzo berjaya menang 3 perlumbaan di Itali, Catalunya dan Austria sebelum berpindah untuk bersama dengan Honda pada tahun 2019, bergandingan dengan Marc Marquez. Jorge Lorenzo sendiri mengaku yang kesan kecederaan teruk yang dialami sebelum ni, ditambah dengan kepayahan mencari keserasian bersama jentera Honda yang sebelum ni ditunggang oleh Dani Pedrosa merupakan punca Jorge Lorenzo buat keputusan untuk bersara.

Ini antara ucapan-ucapan yang disampaikan oleh pelumba-pelumba MotoGP yang lain di media sosial selepas Jorge Lorenzo mengumumkan persaraan.

KATALAKI: Tahun 2018 Dani Pedrosa bersara, tahun 2019 Jorge Lorenzo lak yang bersara. Agak-agak korang, tahun 2020 nanti siapa rider seterusnya yang akan bersara?

Last modified: 19 November 2019