Luar Negara Pun Tahu Apa Maksud Teemu Pukki Kat Malaysia

Aktif, Bola

Ramai yang dah tahu dan sedar dengan kehadiran bintang baru bola sepak di Premier League iaitu Teemu Eino Antero Pukki atau lebih dikenali sebagai Teemu Pukki yang beraksi dengan pasukan Norwich City. Sebelum ni kami dah pernah ceritakan mengenai siapa sebenarnya Teemu Pukki ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Teemu Pukki (@elpugi) on

Kehebatan Teemu Pukki nampaknya bukan terletak pada namanya sahaja. Setakat 4 perlawanan Premier League yang dah berlangsung, Teemu Pukki merupakan salah seorang pemain yang tersenarai sebagai penjaring terbanyak di Premier League dengan jumlah jaringan gol sebanyak 5 gol dan tercalon gak untuk pemain terbaik Premier League bulan Ogos.

Walaupun dah banyak kita nampak lawak-lawak Teemu Pukki yang digunakan oleh rakyat Malaysia di media sosial, tapi baru-baru ni, seorang bekas pemain bola sepak yang pernah beraksi dengan Liverpool, Aston Villa, Leicester City dan kini bertugas sebagai pengulas sukan iaitu Stan Collymore pun dah boleh faham apa maksud nama Teemu Pukki kat Malaysia.

Berita mengenai maksud tersirat nama Teemu Pukki sekarang ni dah tersebar sampai ke United Kingdom.

KATALAKI: Lepas ni hati-hati la kalau korang gunakan nama Pukki bila marah kat pelancong luar negara yang datang ke Malaysia. Dorang dah boleh faham. Lagi pun budi bahasa kan budaya kita, betul?

Last modified: 10 September 2019