M. Nasir, Foo Fighters & Dewa 19 Dalam Satu Konsert Yang Sama?

Sembang

Gaji korang dah masuk belum? Apa tunggu lagi tu? Baik korang cepat beratur beli tiket konsert ni sebelum habis!

Image Via : Thelaki

Huhuhu. Jangan serius sangat bro. Poster konsert ni bukannya konsert yang real pun. Poster ni korang boleh buat sendiri je sebenarnya.

Kalau korang masih tertanya-tanya konsert atau festival mana yang sesuai dengan playlist lagu yang korang selalu dengar, laman web ni boleh tolong korang berdasarkan lagu yang korang selalu layan kat Spotify. Korang cer try jap tengok line-up artis macam mana yang akan keluar kat poster korang. Cara nak buat korang usha kat bawah ni.

Langkah pertama, korang kena klik kat sini. Lepas tu sila lah log in guna akaun Spotify korang.

Image Via : Festify

Dah settle log in, korang boleh pilih time frame playlist Spotify korang tu. Sama ada lagu yang korang selalu dengar bulan lepas, 6 bulan lepas atau all time playlist. Kalau korang nak try semua sekali pun boleh gak.

Image Via : Festify

Lepas korang pilih, akan terkeluar lah line up konsert mengikut selera playlist Spotify korang. Amacam?

Image Via : Thelaki

KATALAKI: Share la dengan kami macam mana rupa korang punya line up. Teringin gak nak tengok.

Last modified: 22 April 2019